Categories
Editorial

Oh! Toyota Vios 2013

ohtidak-toyota-vios-2013-2

Toyota Vios baharu dikatakan akan dilancarkan di Malaysia pada bulan September atau Oktober 2013 ini. Vios yang lebih popular dengan panggilan “Dugong” kerana rekaannya kini hadir dengan rekaan yang menerima perubahan yang agak drastik. Toyota Vios baharu ini telah mula tiba di Malaysia dan akan tetapi masih disimpan lagi untuk proses pembelajaran krew mereka yang terlatih.

Bagaimana dengan rekaan Vios terbaru ini? Tiga gambar di bawah ini merupakan Vios 2013 yang di bawa masuk ke Malaysia manakala gambar-gambar selain dari 3 di bawah ini adalah gambar pemasaran untuk Vios 2013 di Thailand yang sudahpun dilancarkan.

Photo 28-07-2013 16 55 38

Photo 28-07-2013 16 55 56

Photo 28-07-2013 16 55 44

Rekaan luaran Vios baru ini kelihatan banyak garis-garis yang kasar sekaligus menjadikan Vios baru ini nampak lebih garang dijalanraya biarpun sejujurnya pada kami rekaan Vios ini masih tidak dapat menandingi rekaan kereta dari Korea yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Categories
Kemalangan Pelik

Oh! Toyota Vios Terbang

Kadangkala apabila melihat kesan kemalangan yang telah berlaku, memang sukar untuk kita gambarkan apa yang telah berlaku. Begitu juga dengan Toyota Vios ini yang kalau nak ditafsir, memang pelik bagaimana dia boleh berada di atas bukit tersebut. Atau sememangnya VIOS ni boleh terbang tapi cuma kita yang tak tahu?


– gambar Subaru ni sengaja diletakkan di situ (edit). Sengaja nak bagi berita lebih sedap kot?

Lagi gambar..