Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Hati-hati dengan panggilan SCAM dari nombor TM

Kami menerima satu email yang meminta kami berkongsi berkenaan penipuan (scam) yang menggunakan nombor telefon TM yang biasa kita gunakan atau tahu iaitu “100” untuk mendapatkan maklumat peribadi anda biarpun anda pengguna UniFi, Streamyx ataupun tidak. Apapun nombor tersebut bukanlah “100” tetapi “*1000”. Selepas panggilan diangkat, suara operator (suara robot) akan meminta anda untuk menekan butang 9 dan selepas itu ada yang akan melayani anda persis para operator TM.

Pengirim meminta namanya dirahsiakan jadi kami paparkan sahaja email tersebut.