Categories
Editorial

Oh! Air Durratusyifa Ditenagakan 30 Juzuk Ayat Al-Quran dan Doa-Doa Syifa

Air Mineral hari ini telah menjadi satu yang amat penting kepada rakyat Malaysia memandangkan ramai yang mempercayai akan tahap kebersihan dan khasiat yang ada di dalamnya berbanding dari air paip yang dijerang sendiri di rumah. Selain rasa kepuasan yang maksimum ketika meminumnya berbanding minuman lain, air mineral yang siap dibungkus memudahkan penggemarnya membawa ke mana-mana sahaja dan sentiasa hidup dalam persekitaran yang baik dan sihat.

Apapun ada satu air mineral yang ingin kami perkenalkan. Sekali lihat nampak seperti air mineral biasa tetapi ianya bukanlah sekadar air mineral berkhasiat yang terdapat di pasaran hari ini. Di dalam kejernihan airnya, tersimpan satu mukjizat rohani kepada yang tidak terkandung di dalam air mineral lain di pasaran.

Air Durratusyifa merupakan air yang telah ditenagakan dengan bacaan 30 Juzuk ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa Syifa bagi memenuhi kehendak pengguna muslim hari ini. Ianya adalah sebuah produk kerjasama antara dua pihak iaitu Durratusyifa Berkat dan Kumpulan Nasyid UNIC. Produk ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan malaysia, berstatus HALAL dari JAKIM, berkod dan dijamin akan kebersihan dan kualitinya yang sangat baik. Punca air mineral ini adalah dari 500 kaki bawah tanah.