Categories
Pelik

Oh! Stadium Sultan Mizan di Terengganu Runtuh Lagi

Kejadian Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu yang runtuh sebahagiannya pada tahun 2009 masih segar difikiran rakyat Malaysia. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, mesti ingat tentang kes ni dulu bagaimana ianya dijadikan bahan ketawa rakyat Malaysia. Baca artikel kami bertajuk Oh! Stadium Sultan Mizan Runtuh.

ultraman


Apapun tiada ribut dan angin tengahari tadi, stadium yang sedang sibuk dibaik-pulih ini telah runtuh sekali lagi malah dikhabarkan 4 orang tercedera dan ada yang maut menurut beberapa laporan dari mereka yang menjadi saksi kejadian.

ohtidak-stadium-gong-badak-runtuh-3

Categories
Ada Apa?

Oh! Penyebab Utama Stadium Sultan Mizan Runtuh

Sebelum

Selepas

Adus! Malaysia mana ada Ultraman. Tak aci la macam ni. Malaysia ada Cicakman je. Itu pun kurus kering. Jadi badut boleh la.. Hurmm… sabar je la.

Categories
Kemalangan

Oh! Stadium Sultan Mizan Runtuh

Orang gemuk mana yang duduk atas bumbung ni.. aduyai!

KUALA NERUS – Stadium Sultan Mizan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak, berharga RM 450 juta yang dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu, runtuh pada jam 9.30 pagi hari ini.

Keseluruhan bumbung ‘grand-stand’ membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja. stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh sama sekali.

Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kenderaan dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap.

Menurut saksi Hanafiah Osman, 27, kira-kira jam 9.30, beliau mendengar bunyi ‘krak’ dibahagian belakang stadium tersebut dan terus bergegas meluru ke bahagian itu kerana kereta beliau diletakkan di bawah bumbung.

Malangnya, runtuhan yang berlaku terlalu cepat menyebabkan beliau hanya terpaku dan melihat kereta ‘kancil’nya dihempap oleh kepingan atap dan keluli yang jatuh.

“Dalam pukul 9.30 begitu, mula-mula dengar bunyi ‘krak’ (prak) macam patah gitu, (kemudian saya) tengok tu, (atap) terus jatuh, tak sempat buat apa-apa, saya agak dah, kereta saya akan kena, kerana kereta saya duduk bawah ni,”kata Hanafiah sambil menunjukkan tempat keretanya ranap.