Categories
Superb!

Oh! Singh Berjaya Dijejaki lagi!

Masih ingat artikel kami bertajuk Oh! Helmet dan Singh beberapa minggu yang lalu? Hari ini kami menerima dua buah gambar lagi yang terbaru. Juga orang yang sama berpandukan motosikal yang dinaiki’nya. Singh ni dilaporkan dapat dilihat di area Puchong. Femes Singh ni satu Malaya dah.

Biarpun ianya mungkin menjadi bahan gelak ketawa kerana nampak pelik, nampaknya Singh tersebut langsung tak peduli. Apa yang penting keselamatan dirinya. Ini yang patut kita jadikan contoh. Ini motor nak smart buang site mirror semua. Helmet pun geli sangat nak letak atas kepala. Lepas tu mati katak macam tu je. Bodohnye punya mat rempit!

Ingat, berpantang maut sebelum ajal. Kalau dah ajal takpelah, ini sengaja cari nahas. Di musim perayaan ni, sama-samalah kita berhati-hati. Pandulah/tungganglah dengan selamat. Ingatlah orang yang tersayang.

Kepada Singh dalam gambar di atas, tahniah singh!! cayalah!! Anda memang kool!! Ape pulak pesanan korang untuk Singh dan kawan-kawan yang lain kat luar sana?

+ Thanks to Razi kerana mengirimkan gambar terbaru ini.

Categories
Pelik

Oh! Helmet dan Singh

Masyarakat Punjabi di Malaysia atau lebih popular dengan panggilan Singh sememangnya diizinkan tidak memakai helmet ke mana-mana. Maklumlah dia ada pakai turban apa ntah atas kepala macam tu. Nanti leceh pulak bila nak naik motor kejap bukak then kejap nak pasang.

Tapi mungkin ada satu masalah bagi mereka bila nak jalan jauh. Topi diorang tu takde full-face atau sekurang-kurangnya visor sebagai keselamatan. Jadi apa yang patut mereka lakukan?

LOL. Jangan biarkan kehidupan anda diselubungi misteri..

+ Gambar dihantar oleh Sir_Aniep.