Categories
Kemalangan

Oh! Tragedi Seksyen 14. Jaya Supermarket

jaya-supermarket-ohtidakdotcom
Jaya Supermarket semasa masih beroperasi beberapa tahun lalu

Petikan dari Kosmo.

Jaya Supermarket ialah mercu tanda paling popular di Petaling Jaya. Dalam usaha memberi wajah baru kepadanya, tiba-tiba ia runtuh dan mengorbankan nyawa. Namun, kenangan terhadapnya tidak pernah luntur.

DEKAT dengan taman perumahan, medan selera yang menghidangkan makanan lazat dan variasi kedai jualan yang memenuhi keperluan gaya hidup. Semua itu menjadi faktor penarik kunjungan orang ramai di sekitarnya yang ketika itu hanya dihiburkan program siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di layar kaca.

Ketika belum banyak taman awam atau pusat hiburan yang benar-benar menggugat operasinya, bangunan itu jelas menjadi pilihan. Walaupun begitu, ia tidak terlalu sesak dengan anak-anak muda yang melepak tanpa arah tuju. Mungkin juga perkataan ‘lepak’ belum pun wujud sepanjang sedekad pertama kewujudannya.