Categories
Sengal

Oh! Perdebatan kononnya lagu Gangnam Style menghina Rasulullah

Apa yang merisaukan zaman sekarang, bila orang berhujah benda yang dia sendiri tak tahu betul atau tidak, kemudiannya mengatakan maklumat tersebut daripada ulamak dotdotdot (fill in the blank) sebagai satu cara mahu orang percaya dengan apa yang disampaikannya sedangkan ulamak tersebut tak pernah mengeluarkan fakta dan kata-kata seperti itu.

Isu lagu Gangnam Style pun boleh meleret-leret kononnya “Saya nak jadi yahudi” la dan paling baru, menghina Nabi Muhammad S.A.W. Inisiatif ingin menyebarkan sesuatu untuk kebaikan tu sangat baik tapi biarlah sesuatu yang disebarkan itu, kita sendiri tahu sejauh mana kebenarannya. Janganlah nak paranoid dengan semua benda. Kalau tak suka, abaikan sahaja dan tak perlu gunakan agama dan nama ulamak sebagai cara ingin menghentam minat orang lain. Kita takkan mampu paksa orang lain untuk minat apa yang kita minat, dan membenci apa yang kita benci.

Ikuti sedikit perdebatan di bawah ini yang telah dikirimkan kepada Oh! Tidak.

Categories
Superb!

Oh! Penjelasan Maksud Gangnam Style

Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Terutama yang sering “melepak” di YouTube atau penggemar K-Pop.Kini, Gangnam Style sudah ditonton lebih dari 50 juta kali. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga selebriti pun meniru gaya lagu ini. Lagu ini nampaknya bakal atau sudah menyamai kedudukan lagu Part Rock Anthem yang dibawakan oleh LMFAO. Peminat lagu ini ingat sangat dengan melodinya, walaupun tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.

Apa yang menarik dari video ini? Boleh dikatakan – semuanya. Bermula dari tarian kuda yang aneh tapi menarik, hingga muzik yang begitu mudah mengalir ke dalam telinga – walaupun sebahagian besar orang tidak mengerti maksud liriknya. Tapi tahukah kamu, bahawa dibalik semua itu, Gangnam Style ternyata diciptakan di atas sebuah isu yang sensitif?