Categories
Editorial

Oh! Menangi Philips AquaTouch dan koleksi Tshirt Oh! Media #philips50shaves

Untuk artikel ini lebih istimewa kerana kami telah menemubual saudara Aim Dot Dot yang berketerampilan Metroseksual untuk memberikan pandangan beliau selepas menggunakan AquaTouch ini selama 3 minggu. Adakah AquaTouch mampu memberikan impak yang berkesan kepada urusan harian dari beliau dari segi pengurusan diri, masa dan juga keterampilan?

Aim semasa melakukan tugasan di Langkawi
Aim semasa melakukan tugasan di Langkawi

Menurut beliau, kegunaan utama Philips AquaTouch AT940 ini di dalam urusan hariannya adalah untuk kegunaan biasa sahaja iaitu mencukur misai dan kadang-kala untuk cukuran di bahagian janggut dan anak rambut di bahagian telinga dan tengkuk. Di dalam kesibukan harian sebagai seorang wartawan di Oh! Media TV, baginya AquaTouch telah memberi sedikit-sebanyak kemudahan dalam pengurusan dirinya setiap hari sebelum memulakan tugas.

Categories
Editorial

Oh! Definasi seorang jejaka moden #philips50shaves

ohtidak-philips-aquatouch-pt2-3

Adakah anda seperti ini? Haha! Kami percaya pada hari ini kita semua sentiasa hidup berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi sebagai lelaki moden yang tidak sempurna tetapi sentiasa cuba mencari kesempurnaan tersebut pada diri.

Apakah agaknya definasi sebagai jejaka moden yang sebenar? Kami telah bertanyakan ini di page Oh! Media dan pelbagai jawapan menarik telah diterima.

ohtidak-modern-man-survey

“Modern Man, seorang lelaki yang tahu guna semua gadget and technology di sekelilingya.. and tak semua lelaki macam ni” – Adly Umar

“Ok lah, mari saya terangkan definisi lelaki moden pada pandangan saya:
1) mempunyai gadget yang terkini serta pandai menggunakannya. contohnya ipad, blackberry, galaxy tab, iphone
2) aktif di twitter serta instagram.
3) pemakaian yang up to date, berjenama serta seluar yang berpotongan sedikit kurus apabila keluar kemana-kemana. bak kata omputehnya, slim fit.
4) sedangkan keluar ke kompleks beli-belah pun dia akan memakai kasut. contoh yang sedang hangat pada pandangan saya adalah kasut jenis loafers.
5) memandu kenderaan yang kelihatan menarik, sekurang-kurangnya kenderaan buatan jepun atau korea. tak main kereta nasional. lazimnya toyota vios, suzuki swift, ataupun honda civic. kalau yang kaya gila tu mungkin memandu bmw 3 series atau volkswagen jetta.
6) menggunakan wangian yang berjenama serta mahal.
7) banyak menggunakan bahasa rojak, campuran bahasa melayu serta bahasa inggeris yang agak keterlaluan.

Itulah sedikit sebanyak pendapat saya yang konservatif serta kekampungan ini. sekian terima kasih.” – Akmal Azri

“Leki yg berpersonaliti menarik dan penampilan yg meyakinkan dan tak tgl solat 5 waktu serta tau apa tanggungjawab sebagai seorang anak dan suami mahupun bapa tanpa mengecewakan perasaan mana2 pihak.. – Annora Zera

Respon lain

Dalam artikel sebelum ini, kami telah memberikan teaser kepada anda berkenaan Philips AquaTouch ini, dan untuk artikel kali ini kami akan membicarakannya secara lebih mendalam bagaimana sebuah mesin pencukur elektrik mampu memberi makna dalam kehidupan jejaka moden seperti kami dan anda semua dalam penerangan yang ringkas dan padat.

ohtidak-philips-aquatouch-pt2-1

First of all, anda perlu tahu bahawa AquaTouch adalah pencukur elektrik yang boleh digunakan semasa dalam keadaan kering atau basah. Ini bermakna dalam kesibukan urusan harian, tiada masalah untuk anda bercukur ketika mandi, selepas mandi mahupun ketika berenang di swimming pool sekalipun (kalau orang tak buat, anda buatlah. Kan anda ada Philips AquaTouch? Haha)

ohtidak-philips-aquatouch-pt2-2

Kemudiannya, AquaTouch akan menyimpan sisa bulu yang dicukur terus ke dalam ruang yang disediakan. Ini bermakna tiada lagi sisa cukuran yang bersepah-sepah menyakitkan mata memandang serta membuang masa untuk dibersihkan. Jika pencukur biasa yang anda gunakan sebelum ini menyeksakan, AquaTouch mampu memberi satu kebebasan minda dan masa anda. Nak bersihkan AquaTouch ni terlalu mudah. Buka dan basuh sahaja dengan air. Nice kan?

Categories
Editorial

Oh! Jom Kenali Philips AquaTouch! #philips50shaves

Bagaimana teknologi mampu memberikan kesempurnaan pada diri kita agaknya? Bagaimana pula teknologi mampu memudahkan urusan harian dari segi kekemasan diri kita sebagai seorang jejaka moden yang sentiasa sibuk dengan urusan harian? Kami akan memperkenalkan kepada anda satu mesin pencukur elektrik yang tentunya sangat berbaloi untuk anda dapatkan.

Berbicara soal mencukur misai dan janggut ni, ianya sangat subjektif mengikut citarasa si jejaka itu sendiri. Ada lelaki yang sukakan misai tapi tak suka janggut. Ada yang suka bela janggut tapi tak suka misai dan tak kurang juga yang tak sukakan kedua-duanya. Kami tergolong dalam golongan yang sukakan janggut tapi tidak menyukai misai kerana membuat diri rasa 10 tahun lebih tua dari usia. Boleh dikatakan setiap hari lepas mandi mesti akan cukur misai. Tak kasi chance langsung misai nak tumbuh walau sedikitpun. Janggut pula memang nak sangat dia tumbuh, tapi segan-segan pulak dia dia nak tumbuh. So nak taknak, memang akan cukur juga janggut ni untuk kasi dia tumbuh semula dengan panjang. Tapi alhamdulillah ada juga dari yang bersungguh-sungguh nak janggut tapi sehelai pun tak sudi nak keluar. Lagi kesian. Haha! Apapun Khai tak mempunyai bulu di pipi atau lebih dikenali sebagai jambang lah kan.

Kami pasti ramai tak suka dengan pisau cukur yang biasa digunakan tapi ibarat terpaksa menggunakannya mungkin kerana harganya yang sangat murah (ialah kerana murah jadi fungsinya pun sekadar ada sahaja). Satunya sebab terlalu sukar dan melecehkan. Bila dah siap-siap nak pergi meeting tu lah baru perasan ada misai. Pakai pisau cukur biasa, kalau tak hati-hati bersepah jatuh misai tu atas baju. Kalau tak jatuh atas baju pun, bersepah dalam sinki. Lepas tu silap sikit mesti kulit boleh terluka. Paling tak best lepas pakai sekali dua, tak sah kalau pisau dia tak berkarat jika dibiarkan. Dah kena beli yang baru pula kan? Tak ke mambazir namanya tu? Jadi untuk artikel ini, lupakan terus tentang pisau pencukur yang menyusahkan. Kita bercerita tentang mesin pencukur yang terbukti memudahkan semua orang terutamanya para lelaki moden yang hidup sentiasa dalam kesibukan urusan harian.