Categories
Ada Apa? Aduan

Oh! Lagi Sindiket Penipuan Online Di Dedahkan

Kami menerima satu email dengan tujuan ingin berkongsi kepada rakyat Malaysia yang lain agar mereka tidak terjebak di dalam satu sindiket penipuan yang telah melibatkan ramai orang awam di luar sana. Taktik mereka mudah sahaja dengan menghubungi anda dan ajak berjumpa untuk membincangkan tentang perniagaan dan akhirnya barangan anda di bawa lari. Bagaimanakah modus-operandi sebenar mereka? Ikuti kisah berikut.

Dari email yang kami terima;

Assalamualaikum,

Penipuan di mudah.my. Penipuan ini dilakukan oleh india(cindian). Dia akan mengunakan nama ala2 cina muslim, atau guna nama cina untuk mengajak berjumpa di kedai-kedai makan dengan untuk berbincang pasal tusyen / barangan dijual / servis bersama-sama mangsa. Disamping itu dia akan membawa sampul surat sambil meminta mangsa meminjam telefon pintar kerana telefon kehabisan bateri untuk menghubungi isteri/saudara kononnya. Lalu membiarkan mangsa di meja sambil meminta menjaga sampul surat (sampul surat diisi dengan surat khabar lama) yg diletakkan di atas meja. Penipu mudah ini akan lari bersama telefon bimbit si mangsa. Kes byk berlaku di lokasi Selangor & KL. Sila berjaga-jaga.

Nombor si penipu : 012-2866184 (Pemilik no. Fatima bt Kamarudin, jalan medan pasar KL) , 017-2296069 (Pemilik no. Norman bin Abdul Litif, no3, Jalan ss2/64 PJ) 012-2867915 (Pemilik no. Shanaz binti Kamarudin, jln ss PJ)

P/S : No hp diambil oleh saya dari rekod maxis center dan dipercayai didaftarkan atas nama orang lain tanpa izin mereka.

Risikan yang dilakukan memperlihatkan ramai lagi yang telah menjadi mangsa sindiket ini dengan modus-operandi yang lebih kurang sama sahaja.

Screen Shot 2013-04-15 at 2.14.22 AM

Sindiket ini masih lagi bergiat aktif hingga ke hari ini.