Categories
Pelik

Oh! Nasib budak berbulu kini semakin cerah

SHANGHAI – Kisah pilu seorang kanak-kanak berumur enam tahun yang menghidap sejenis penyakit kulit pelik iaitu 60 peratus badannya ditumbuhi bulu hitam, di China bakal berakhir.

Gadis comel, Liu Jiangli telah ditawarkan rawatan oleh pakar-pakar di Shanghai yang akan cuba memulihkan keadaan kulitnya yang ditumbuhi bulu atau rambut di bahagian muka dan badan sejak dilahirkan.

Lebih menyedihkan, semasa berumur dua tahun ibu bapa Jiangli bertindak meninggalkannya di sebuah pusat jagaan kanak-kanak sehingga memaksa pusat berkenaan menyiarkan berita meminta saudara terdekat tampil menuntutnya dan enam bulan kemudian, Jiangli dituntut sepupu datuknya.