Categories
Gila

8 Kes Pembunuhan Kejam Yang Misteri Di Malaysia

Saban hari, dunia semakin maju pelbagai kes pembunuhan kejam berlaku semakin kerap kita dengar. Kadang-kala tidak sanggup untuk berfikir apabila kanak-kanak kecil turut menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berhati perut. Dalam setiap kes ada sebab tersendiri dan kenapa ia berlaku jawapannya hanya ada pada pembunuh itu sendiri.

Ikuti misteri 8 kes pembunuhan kejam yang sangat menyayat hati di Malaysia.

1. Mona Fendy – 23 Julai 1993
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-1

Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.

2. Dr. Joe Fernandez – 4 November 2000
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-2

Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau. Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan. Mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis 38.

3. Noritta Samsuddin – 25 Disember 2003
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-3

Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.