Categories
Ada Apa?

Oh! Proton Suprima S

Proton Suprima S telahpun disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Matrade Exhibition and Convention Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kami di OhMedia ada mengumumkan akan perkara ini di Facebook dan mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai.

ohtidak-proton-suprima-s-ohmedia
Klik gambar untuk melihat respon penuh rakyat Malaysia.

Kereta versi ‘hatchback’ bagi Proton Preve ini tampil dengan rekaan yang sangat baik dan mampu menarik hati sesiapa sahaja. Dengan tahap keselamatan 5 bintang dari ANCAP, Suprima S ini dilengkapi dengan 6 SRS Airbags dan pelbagai lagi fungsi keselamatan terkini yang merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang dilengkapi dengan 6 airbags dan padat dengan fungsi keselamatan lain. Zaman sekarang orang lebih pentingkan keselamatan dan features pada kereta yang mahu dibeli bukan?