Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Hati-hati dengan penyamaran mekanik jalanan

Sedang anda memandu, tiba-tiba motosikal lalu minta anda berhenti katanya tayar anda berasap. Bila anda check memang betul ada kesan minyak di tayar anda. Apa selanjutnya yang anda lakukan? Artikel berikut mungkin akan membantu anda jika berlaku kejadian yang sama dan kerugian beribu ringgit atau mungkin nyawa juga boleh melayang.

Anda boleh baca original post di sini. Kami hanya himpunkan semua respon beliau dengan niat ingin lebih ramai lagi yang tahu tentang perkara ini. Juga ingat betul-betul muka suspek sindiket penipu tu. Biar lepas ni kalau dia nak buat jahat lagi, dia kena keluarkan modal lebih untuk buat plastic surgery.

Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk brek.

Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga. Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda nmpk, dia kena tindkn disiplin.

Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tp nmpk mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmpk sikit je, tak merebak pd seluruh rim tyr. Tp, x berani nk bwk, takut risiko. Dia kata boleh tolg repair, @ kalau abg x percaya, abg boleh hntr kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump Honda RM1,836.00.