Categories
Sengal

Oh! Got email from Maybank Group?

Dear Valued Customer,

Your account has been Flagged as SPAM. Several unauthorized transactions were attempted from an unknown location. We have suspended your account for security reasons. Your urgent attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be terminated if not activated now.

Activate.
slm2unow.com/M2ULogin.htm

Security Systems Department
Maybank Group

Pernah dapat email macam ni? Ramai dah tahu sebab perkara ni dah lama cuma masih ada yang blur. Kadang-kadang bukan Maybank je tapi dari bank lain sedangkan korang haram tak pernah bukak akaun pun kat bank tu. So jawapannya hanya Persetankan. Okeh?!! Tak payah susah-susah nak tanye cikgu ke, lecturer ke, member ke, pakwe/makwe ke… Just persetankan.

Maybank atau bank yang lain kalau ada apa-apa yang urgent mengenai akaun korang, dia akan call korang! kalau call tak dapat, dia akan post surat pergi rumah korang. Takkan pernah send email. Diulangi, pihak bank takkan pernah email korang ape-ape pun! Walau awek kaunter Maybank tu nak ajak korang dating pun, dia takkan email korang guna email dari Maybank! Okey? Hehehhe.

Kalau rajin boleh reply email tersebut dengan “You’re stupid ass moron!“. 1000 orang menyumpah, betul-betul jadi “stupid ass moron” la dia dan keturunannya. Hahaha! LOL!