Categories
Gila

Oh! Mayat Reput Atas Kerusi


Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik
dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia
menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan
sebarang kesan kesan jenayah.. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang
baunya busuk menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg
terbaring di atas sofa…dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas
mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar…