Categories
Superb!

Oh! Foto Realiti Dan Di Dalam Wang Kertas Ringgit Malaysia

Pada pengamatan dari beberapa buah negara yang pernah kami pergi serta yang pernah kami sentuh dan lihat rupa duit mereka, design dan kualiti duit kertas Malaysia sangatlah baik dan boleh dibanggakan. Masih belum terlambat jika nak ucapkan tahniah kepada siapa sahaja yang buat rekaan pada duit terbaru Malaysia yang sememangnya hebat tetapi kami tak pasti ada atau tidak yang tahu siapa yang design. Apapun, ada yang lebih menarik bila gambar-gambar yang digunakan untuk design wang kertas ini kita dapat tahu dari mana puncanya.

Sebenarnya, semua orang tahu itu Gunung Kinabalu. Apa yang menarik, gambar yang diambil merupakan shoot atau angle yang benar-benar tepat seperti apa yang kita nampak di dalam duit.

Tengoklah gambar gunung di atas duit kertas RM1 ni puas-puas kerana dalam duit RM1 yang baru, gunung ni dah pun tiada lagi. Sekadar tinggal beberapa wau yang berterbangan di tepi pantai di bawa angin.