Categories
Gila

Oh! 17 tahun makan bedak dan sabun

Mungkin inilah kali pertama kita mendengar seorang lelaki mempunyai satu tabiat pelik. Tabiat pelik tersebut adalah dia gemar makan bedak dan sabun selama 17 tahun. Bagaimanapun, lelaki aneh ini tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.