Categories
Sengal

Oh! Lelaki 10 isteri mengaku salah rogol enam anak

Dekat nak terkucil bila baca cerita ni. Kejadian memalukan di Singapura. Jadikan ikhtibar.

SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil.

Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.

Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya.

Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.