Categories
Superb!

Oh! 10 jenis Kucing paling popular dunia

Kucing adalah makhluk yang indah di dunia. Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling dicintai di rumah dan persekitaran. Kucing adalah mamalia karnivor kecil yang dihargai oleh manusia untuk persahabatan dan kemampuannya untuk memburu serangga perosak di dalam rumah. Kucing telah dikaitkan dengan manusia lebih kurang 9,500 tahun dahulu, dan hinggalah kini kucing menjadi antara haiwan paling popular di dunia.

Ketika membuat keputusan untuk memiliki binatang peliharaan, 10 jenis kucing berikut adalah paling popular untuk dititik-beratkan mengikut tujuan, kemahuan dan kemampuan pada kucing yang anda inginkan. Kucing lucu, baik, dan dianggap jinak bagi kanak-kanak. Sebenarnya, kucing adalah binatang peliharaan mudah dipelihara. Kucing adalah sahabat yang sempurna. Kucing tidak memerlukan banyak penjagaan dari pemiliknya. Kucing hanya harus teratur diberi makan dan mereka memerlukan tempat berlindung yang baik.

1. Persian cat

Persia adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Pesian adalah kucing yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia. Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia ( Iran ). Diakui oleh peminat kucing sejak akhir abad 19 yang diperkenalkan pertama kali di Englan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua.
Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari. Bulunya adalah sangat susah untuk dijaga rapi dan kadangkala tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.