Categories
Lawak

Oh! ‘Kopi Janda’ bukan hina maruah wanita

Kitorang dah agak dah. Mesti jadi isu punya. Hahaha! Ntah ape ape macam takde nama lain. LOL! LMAO!!

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Nama Kopi Janda bukan bertujuan menghina maruah wanita tetapi sebagai satu pengiktirafan terhadap kehebatan dan kecekalan golongan tersebut mengharungi kehidupan.

Pengurus Besar Janda Produk Marketing, Md. Zulaimi Kazin menegaskan, mengabadikan nama ‘janda’ pada jenama produk kopi keluaran syarikatnya itu sebenarnya sebagai satu cara mengangkat imej golongan tersebut supaya tidak terus dipandang negatif oleh segelintir masyarakat.

Katanya, ilham nama Kopi Janda tersebut diperoleh semasa mengadakan lampias minda bersama empat lagi rakan jurutera perunding beliau di Jitra, Kedah pada 2007.