Categories
Ada Apa?

Oh! Papa nanti baca kuat-kuat pada ina ya?!

Cerita yang sungguh menyayat hati. Betul2 berbuku di hati untuk sesiapa yang mendalami dan belajar dari pengajaran cerita ini. Oh! Tidak mempersembahkan.. sebuah kisah benar..

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan
bersikap terlalu manja.

“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.

“Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. “Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah.
“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!”

Saya hanya memandang tajam ke arahnya.