Categories
Gila

Oh! Kehadiran Kim Jong Kook ke Malaysia. Peminat Diserang Histeria Mengada-ngada

ohtidak-kim-jong-kook-runningman

Kim Jong Kook merupakan seorang bintang Korea yang popular sebagai penyanyi solo kemudiannya semakin dikenali dunia menerusi rancangan variety show, Running Man. Disebalik watak yang dibawanya sebagai seorang yang ganas, gagah, hebat dan garang tu, terselit juga kelucuan yang menggeletek perut terutamanya buat peminat Running Man yang sentiasa mengikuti setiap episod terbaru rancangan tersebut tanpa pernah miss!

Screen Shot 2013-06-16 at 2.18.10 PM
Posting di Facebook Oh! Media menerima lebih 7,000 like dan respon dalam masa yang singkat.

Kehadiran Kim Jong Kook ke Malaysia dalam road-tour untuk mempromosikan album terbarunya memperlihatkan bagaimana sambutan rakyat Malaysia terlalu hebat terutamanya untuk golongan remaja wanita. Ini baru Sparta Kook yang datang, belum Kwang Soo, Gary, Ha Ha, Jae Suk dan lain-lain lagi datang. Ianya bukanlah satu perkara yang mengejutkan apabila ramai wanita tiba-tiba terkena histeria mengada-ngada apabila melihat artis pujaan mereka secara dekat tapi agak kelakar bila terlalu obses dengan artis pujaan hingga langsung melupakan wajah sebenar agama dan bangsa yang dipegang selama ini.

Ada yang berpandangan agar Jong Kook lempang mereka dengan selipar saiz lapan baru depa tahu erti penyesalan. Apapun mereka semua (peserta Running Man) akan datang ke Malaysia pada September 2013 ini. Tentu lebih ramai yang terkena histeri mengada-ngada. Stay tuned!

+ Running Man Malaysia pula? Kenali Running Man Malaysia di sini.