Categories
Gila

Oh WTF! Ketagih Makan Bulu Kucing

ohtidak-ketagih-bulu-kucing-2

Ramai manusia dalam dunia ni mempunyai tabiat pelik. Ada yang menjijikkan, ada yang menakuktkan dan ada yang digelar gila. Begitulah kisahnya kepada seorang wanita bernama Lisa, 43, dari Detroit, Michigan yang tidak dinafikan memang seorang manusia yang aneh. Apa yang aneh pada diri si Lisa ni?

Dia mengakui gemar untuk makan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing setiap hari. Setakat ini, dia sudah memakan lebih dari 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula 15 tahun yang lalu.

“Saya ketagih makan bulu kucing”, katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari lalu. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.