Categories
Ada Apa?

Oh! Pembunuh Upahan Mati Ditembak

ohtidak-pembunuh-upahan-mati-ditembak-1

Lima anggota kumpulan kongsi gelap yang maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di sebuah pangsapuri mewah di Sungai Nibong, di sini semalam, dipercayai pembunuh upahan yang amat dikehendaki pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.

“Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang terbaru di negeri ini (Pulau Pinang),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.

ohtidak-pembunuh-upahan-mati-ditembak-2

Mereka berusia antara 21 hingga 31 tahun yang mati dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu dipercayai terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Berikutan kejayaan itu, polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah berkaitan senjata api. -BERNAMA

OHTIDAK: SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA.

Categories
Ada Apa?

Oh! Pengasas Ambank Mati Di Tembak

ǹɱ°¸wisma boustead
Lagi kes kejadian pembunuhan bersenjata api yang berlaku di negara ini, menurut laporan media, mangsa Hussain Ahmad Najadi berusia 75 tahun yang berasal dari Bahrain adalah seorang Pengasas AmBank Group, ditembak mati di tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada petang Isnin 29 Julai 2013

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta untuk membincangkan sesuatu dengan seorang rakannya. Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu. Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.