Categories
Kemalangan

Oh! Bayi Tong Sampah

Semalam gempar satu Malaya bila keluar berita pasal satu lagi mayat bayi dijumpai. Tapi kali ni perkara yang selalu kita dengar berulang lagi di mana bukan dibuang di depan masjid, depan rumah orang atau sebagainya tetapi di dalam Tong Sampah. Kalau berkesempatan berjumpa dengan ibu bayi tersebut, teringin nak tanya bayi tu ada rupa macam sampah ke sampai diperlakukan seperti itu?

Kepada lelaki, bukan ingin menggalakkan tetapi kalau nafsu buat tu dah tak tahan sangat, 7E pun ada jual kondom. Jadi pakailah. Jangan sampai dosa berzina ditambah pula dengan dosa membunuh. Dah lengkap pakej ke neraka.

Lagi gambar..

Categories
Sengal

Oh! Berani Buat TAK Berani Tanggung

PERHATIAN: Entri ini mungkin mampu mendatangkan sayu di dalam jiwa dan mungkin juga mampu mengalirkan air mata bagi seorang ibu, wanita atau sesiapa sahaja yang masih mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi.

Kawan-kawan yang masih mempunyai dara dan teruna, mari kita mencuri masa sekejap untuk merenung entri ini. Cuba fikir, sedap dia kejap je. Ah Uh Ah Uh, selesai (sila bayangkan aksi 18SX). Lepas tu yang perempuan pelik kenapa tak period-period. Beli pregnancy tester baru sedar diri dah mengandung. Menyesal dan terus lari dari rumah atau mungkin mak ayah sendiri tak mengaku anak. Malu mereka! Cari lelaki yang bertanggungjawab, alasan tipikal yang berjaya didengar, “Ah! Dengan berapa banyak lelaki kau dah tidur. Entah-entah bukan anak aku!! Perempuan murahan!!”. Si perempuan mengamuk memarahi si lelaki lahanat dan pergaduhan diakhiri dengan si wanita di sepak terajang separuh mati.

Hari demi hari perut semakin membesar. Maka terlahirlah seorang bayi luar nikah yang tidak bersalah. Dan kemudian.. wujudlah suasana berikut yang amat memilukan…

ohtidak buang bayi

Selebihnya…

Categories
Lawak

Oh! Kes buang bayi paling tragis

Kami terlalu sedih ketika menulis artikel ini. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni. Bayi comel-comel pun dibuang. Dalam kotak pulak tu. Kalau satu takpe. Ini sampai tiga. Apa dah jadi dengan dunia ni. Nak nengok gambar?