Categories
Kemalangan

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

ohtidak-tiga-angota-polis-trafik-maut-1

Beluran: Lima termasuk tiga anggota polis trafik terbunuh, manakala empat lagi parah apabila sebuah kereta peronda polis bertembung dengan sebuah pikap dalam kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid, semalam. Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, anggota daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di seluruh anggota badan.

“Ketika kejadian empat anggota polis trafik terbabit yang menaiki Proton Waja dalam perjalanan pulang ke IPD Beluran selepas menjalankan tugas di Telupid.

ohtidak-tiga-angota-polis-trafik-maut-2

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan V Shivanathan berkata, dua lagi mangsa yang terkorban penumpang pikap, Masiah Jailani, 47, serta adiknya, Layni Jailani, 45. Menurutnya, mangsa yang parah seorang anggota polis trafik, Konstabel Zaini Mohd Radzuan dan tiga individu termasuk pemandu pikap terbabit yang belum dikenali identiti mereka. Semua mereka menerima rawatan di Hospital Beluran, di sini. – Metro

OHTIDAK:TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA.

Categories
Kemalangan

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Gambar kemalangan pelajar maut di batu 31 jalan Sandakan-Lahad Datu pada 23 ogos 2013.

Seorang pelajar maut manakala lapan rakannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud cedera parah apabila bas sekolah ysng dinaiki mereka bertembung dengan lori pembancuh simen di Batu 31, Jalan Sandakan-Lahad Datu. Kejadian berlaku pada pukul 12 tengahari (23 Ogos 2013) dan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan juga Hospital Kinabatangan.

ohtidak kemalangan jalan sandakan

Pelajar yang maut itu dikenali sebagai Eddy Wallfired Eleazer Benjasor Bin Hendry, 13. Lapan yang cedera parah dikenali sebagai Felix bin Cenai, 38, (pemandu bas), Faranita Sadingki, 15, (perempuan), Jowintiana John, 16, (perempuan), Romerio Lim, 14, (lelaki), Jaerik John, 15, (lelaki), Nurhafisa Nabila, 10, (perempuan), Nurnilamsari, 12, (perempuan), Velintine Sudinkai, 13, (lelaki).

Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

OHTIDAK: KEMALANGAN BERMUSIM SEPERTI YANG DIBINCANGKAN DI PAGE OHMEDIA SEBELUM INI NAMPAKNYA BENAR BERLAKU.

Categories
Kemalangan

Oh! Kemalangan Maut 1 Syawal

Kemalangan ini dilaporkan berlaku pada 1 Syawal yang lalu melibatkan sebuah motosikal dan beberapa biji kenderaan lain di Temerloh, Pahang. Kemalangan dikatakan berpuca dari salah sebuah kenderaan (kereta) yang melanggar lampu isyarat merah di sebuah persimpangan. Agak menyayat hati apabila melihat mangsa kemalangan yang lengkap berbaju melayu sempena AidilFitri ini. Dikhabarkan mangsa yang dikenali sebagai Saiful ini baru sahaja pulang dari menziarahi kubur seorang kawannya.

ohtidak-kemalangan-1-syawal

Apapun sukar diingatkan di musim perayaan ini agar sentiasalah berhati-hati tidak kira apapun kenderaan yang anda gunakan. Dalam perjalanan dari kampung ke KL pun, terserempak dengan 5 kemalangan yang teruk. Itu yang kami terserempak, sebelum tu dan ditempat lain entah berapa banyak lagi kemalangan yang berlaku. Tolonglah lebih berhati-hati di musim perayaan penuh kesibukan ini.

OhTidak: Pandu Cermat, Jiwa Selamat bak kata iklan TV yang dah tidak dipaparkan lagi tu.

Categories
Pelik

Oh! Koleksi Kemalangan Tak Masuk Akal

Kemalangan seperti ini boleh di kategorikan sebagai pelik tapi benar. Tak tahu macam mana nak terangkan bagaimana kemalangan seperti ini boleh berlaku. Siap ada yang terbang dan tersangkut. Ada sesiapa boleh explain?

ohtidak-kemalangan-yang-pelik-16

Lagi gambar. (klick untuk besarkan)

ohtidak-kemalangan-yang-pelik-14

ohtidak-kemalangan-yang-pelik-11

OHTIDAK: ADA YANG TERBANG, ADA YANG TERSANGUT, ADA YANG WIKANG DAN ADA YANG TERSEPIT. APA PUN PASTIKAN ANDA MEMANDU DALAM KEADAAN YANG SELAMAT, LAGI-LAGI PADA WAKTU PERAYAAN NI. BIAR LEMBAB MACAM SIPUT JANJI SELAMAT SAMPAI BETUL TAK?

Categories
Kemalangan

Oh! Kemalangan di Taman Tema

ohtidak-kemalangan-di-genting-highland

Kadangkala niat kita membawa anak-anak ke taman tema atas niat ingin menghiburkan hati mereka. Tapi kadangkala kegembiraan boleh bertukar kepada kecelakaan jika terlepas pandang dan kurangnya pengawasan. Video yang merakamkan kejadian seorang kanak-kanak hampir-hampir sahaja jatuh terhempas dari salah sebuah permainan di taman tema ini mula tersebar di internet dan agar ianya memberi kecenderungan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Kami percaya permainan ini mempunyai level ketinggian minimum untuk dibenarkan bermain. Apapun, sentiasalah mengawasi anak-anak anda! Jangan biarkan kejadian yang lebih tragis memenuhi paparan laman Oh! Tidak ini.

Categories
Kemalangan

Oh! Kemalangan Melibatkan Land Rover Polis di Senai

Kemalangan ini dikatakan berlaku di Senai semalam sekitar jam 8 malam ketika salah seorang pembaca Oh! Tidak dalam perjalanan untuk menonton perlawanan bola antara Johor dan Pahang di restoran berhampiran. Kemalangan membabitkan sebuah Land Rover Polis (tiga anggota duduk di belakang), sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Seorang anggota polis meninggal dunia manakala dua orang lagi cederah parah. Kemalangan ini juga meragut nyawa pemandu kereta dan penunggang motosikal.

ohtidak-kemalangan-ngeri-di-senai

Dari email yang kami terima;

Categories
Kemalangan

Oh! Murid Sekolah Maut Dilanggar Peronda Polis

ohtidak-polis-langgar-budak-1

Minggu lalu kami ada memaparkan gambar sebuah kereta peronda polis yang ranap di bahagian hadapan di Facebook Pages Oh! Media (gambar di atas). Di dalam gambar tersebut juga ada sebuah basikal yang turut rosak teruk. Ini adalah kisah sebenar apa yang berlaku.

Categories
Kemalangan

Oh! Kemalangan Maut di Federal Highway (18+)

ohtidak-kemalangan-federal-highway-9_o

Lebuhraya Perseketuan atau lebih dikenali mudah disebut sebagai Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal di bina di Malaysia. Lebih kurang jam 4:50 pagi tadi (21 April 2013) di KM 10.6 Lebuhraya Perseketuan berhampiran Batu 3, Shah Alam, kami dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan 5 mangsa maut ditempat kejadian.

Categories
Ada Apa? Kemalangan PSA

Oh! Surat Cinta Penunggang Motosikal Kepada Pemandu Kereta

Sering kita lihat kemalangan yang melibatkan dua pihak antara motosikal dan kereta di mana selalunya penunggang motosikal akan lebih parah berbanding pemandu kereta atau lebih menyedihkan lagi, penunggang motosikal selalunya akan menjadi mangsa korban. Adakah benar penunggang motosikal tidak mempunyai disiplin di atas jalanraya? Ya mungkin juga benar tapi usah melabelkan sikap seperti itu kepada semua yang menunggang motosikal kerana apa kurangnya dengan yang memandu kereta malah lebih teruk lagi. Banyak terjadi pemandu kereta tidak mengambil-berat akan kewujudan penunggang motosikal di atas jalanraya di mana selalu alasan yang didengar, mangsa yang menunggang motosikal tidak disedari oleh pemandu.

Ini adalah yang kami gelarkan “Surat Cinta” yang diambil dari perkongsian di Facebook dan ditujukan kepada semua pemandu kereta di Malaysia terutamanya yang seumur hidupnya hanya memandu kereta dan tidak pernah sekali pun merasai pengalaman menunggang motosikal.

ohtidak-kemalangan-motosikal

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggangmotor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.

Categories
Kemalangan

Oh! Kemalangan di persimpangan Bukit Ampang

Sebuah kemalangan berlaku di Jalan Hulu Langat – Ampang. Bas ni merempuh rumah kedai dan 4 lagi kenderaan yang parking di kawasan tersebut. Bas ini juga telah melanggar lampu isyarat hingga menyebabkan kerosakan yang teruk. Seingat kami ini bukan kali pertama kejadian yang sama terjadi malah sebelum ini lebih parah lagi apabila ada nyawa yang terkorban. Walaupun devider bertingkat telah diletakkan dipersimpangan ini, nampaknya tak mampu menahan kenderaan besar yang terbebas apabila menuruni jalan curam dari bukit ini. Apapun dalam kejadian ini, tiada penumpang yang cedera dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan. Hurm, no wonder Bukit Ampang ni amat terkenal dengan kawasan yang “keras” apabila waktu malam.

ohtidak-kemalangan-bukit-ampang

Lagi gambar..