Categories
Lawak

Oh! Perempuan Cantik


Entri simbolik daripada entri Oh! Lelaki Hensem, yang mendatangkan kemarahan pembaca wanita di sini (paham2 la tengah bulan penuh), kini wujudnya entri untuk wanita pula.. Hik Hik..

Terima kasih kepada seorang komentar di Justkhai.Com yang bernama Miss Shanas.

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati…!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la…. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!