Categories
Kemalangan

Oh! CCTV Rompakan di Stesen Minyak RnR Butterworth – Kulim Expressway

Betapa kejamnya rakyat Malaysia hari ini. Video ini pasti mengundang perasaan bertambah-tambah benci kepada Mat Rempit. Kitorang rasa korang sedia maklum ada beza antara Mat Motor dan Mat Rempit. Mat Motor ni mereka yang ke tempat kerja atau menggunakan motosikal sebagai perantaraan urusan mereka manakala Mat Rempit pula kaki lumba haram dan ada antara mereka yang aktif terlibat dalam jenayah dan dadah.

Kejadian yang dipaparkan dalam rakaman CCTV berikut berlaku di Stesen Minyak Henti Rehat Butterworth – Kulim Expressway (BKE) pada 10 Ogos 2012. Apa yang lebih mengecewakan, kejadian tersebut ditonton orang ramai (dengan penuh gaya rileknya) tanpa memberi sebarang bantuan atau at least call la polis. Bila lihat dari video ni, Malaysia dah tak jauh beza dengan China. Jenaya berlaku depan mata orang boleh buat tak tahu.