Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Anda Epal Atau Pear?

Pembunuh Senyap

Tahukah anda antara fungsi hati ialah sebagai tempat menyimpan tenaga, vitamin dan mineral? Hati atau hepar juga menghasilkan protein, dan membuang hampas dari badan menerusi air kencing, peluh dan sebagainya.

Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Yayasan Hati Amerika, penyakit hati menyerang kira-kira satu daripada 10 rakyat Amerika. Di Malaysia pula, kita menemukan angka satu daripada 20 rakyatnya menghidap penyakit berkaitan hati.

Bagi memastikan adakah kita menghidap penyakit hati atau tidak, orang ramai dinasihatkan menjalani pemeriksaan, kemudian disusuli dengan pemantauan, jika ia dapat dikesan lebih awal maka rawatan juga boleh dimulakan dengan lebih awal.