Categories
Superb!

Oh! Perdana Menteri Najib Tun Razak di dalam iklan Tahun Baru Cina 2013

Screen Shot 2013-02-08 at 3.52.36 PM

Adalah jarang kita melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kaca TV melainkan di dalam berita dan juga sebarang urusan, ucapan dan pembentangan rasmi untuk negara. Tahun Baru Cina 2013 ini ada yang menarik dari biasa apabila Perdana Menteri dilihat tampil di dalam sebuah iklan Tahun Baru Cina walaupun tidak mempunyai banyak babak yang menampilkan beliau.

Screen Shot 2013-02-08 at 3.52.17 PM

Apa yang menarik, Datuk Seri Najib dilihat memukul gendang dan mengangkat tangan selepas sahaja selesai memukul gendang yang disulami dengan tarian singa itu.

Pada kami, iklan seperti ini dilihat dapat mendekatkan lagi pendekatan perdana menteri kepada semua kaum yang berbilang bangsa di Malaysia dan secara tak langsung menjayakan kempen 1 Malaysia yang dibawa beliau selama ini. Tahniah PM!

+ Respon pembaca di Facebook Oh! Media.