Categories
Ada Apa?

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

ohtidak-ustaz-wan-ji-2

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husein mempertahankan dirinya berhubung video yang menunjukkan beliau berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara sistem monarki, yang didakwa sesetengah pihak sebagai “menghina” sultan.

Wan Ji berkata kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan ‘fiqh tawaqqu’ – satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.

ohtidak-ustaz-hina-sultan

Seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan beliau menggesa tindakan diambil terhadapnya.

OHTIDAK: APAPUN NIATNYA. LEBIH BAIK CUBA GUNA CONTOH YANG LAIN BAGI MENGELAKKAN PERKARA SEPERTI INI BERLAKU.

Categories
Ada Apa?

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?

ohtidak-ustaz-wan-ji-hapuskan-sistem-sultan-1

Gempar seluruh Malaysia apabila muncul sebuah video di laman sosial yang memaparkan seorang ustaz sedang memberi penerangan berkenaan rancangan beliau untuk menghapuskan sultan-sultan melayu.

ohtidak-ustaz-wan-ji-hapuskan-sistem-sultan-2

Satu laporan Polis telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap Ustaz Wan Ji At-ta’aduddi. Laporan telah dibuat pada jam 4.00 petang semalam (20 Ogos 2013) di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala lumpur berikutan tersebarnya satu video yang dianggap menghina Sultan.

Selain dari penghinaan ia juga dianggap sebagai ancaman untuk menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

OHTIDAK: BIAR PIHAK POLIS JALANKAN SIASATAN, BARU KITA TAHU KEBENARANYA