Categories
Superb!

Oh! RM700 sehari untuk kutip najis musang

LIPA, Filipina – Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu. Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman. Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.