Categories
Sengal

Oh! Mat Rempit dan Blogger adalah sama

Ditanya pada anak muda itu, professionnya, mat rempit. Cukup yakin dan penuh ilmu didada bila bercakap tentang bidangnya. Dan ini komentarnya untuk blogger.

#1 Gua memang suka modified motor. Operate enjin, operate ekzos, setting sana, tukar sini. Itu belum dikira make up lagi. Baru nampak power, nampak ranggi.

Macam lu orang la blogger. Buat blog, letak macam2 plugin, tukar itu, touch up sini. Baru boleh tingkatkan performance, lain dari yang lain dan nampak profesional.

#2 Gua memang suka menunjuk2. Bila wheellie, bila wikang, orang tengok, orang tepuk. Itu satu kehebatan. Kalau orang TV datang ambik gambar, lagi gua buat2.

Macam lu orang la,ada blog mesti nak tunjuk2. Nak bagi semua orang tahu. kalau tak lu syok sendiri. Orang baca, orang komen, itu satu penghargaan.

#3 Gua memang suka kejar2 ngan polis, langgar roadblock itu biasa, langgar polis, pun biasa. Nasib tak baik kena tangkap, masuk lokap.

Lu orang pun apa kurangnya.