Categories
Kemalangan

Oh! Kes Pergaduhan Kumpulan di Hulu Langat

Tanggal 5 May 2012 lebih kurang jam 10:45 malam, berlaku pergaduhan dua kumpulan (lelaki India) di sebuah restoran makanan cina di Taman Suntex, Batu 9, Cheras. Hasil dari pergaduhan ini, seorang cedera parah dan 2 lagi nazak (ketika rakaman dibuat). Selebihnya sempat melarikan diri sebelum polis tiba. Krew kami sampai ke lokasi beberapa minit kemudian dan video inilah hasil yang dapat kami lihat. Video dirakamkan menggunakan handphone sahaja sebab kami tak bawa video cam. Baru balik dari makan malam sebenarnya. Apapun mungkin ianya dapat memberi sedikit gambaran keadaan yang berlaku sebelum ianya keluar di muka akhbar nanti 🙂

Menurut saksi, sebab pergaduhan terjadi adalah kerana salah seorang dari mereka telah menumbuk seorang lelaki lain dan dari situ bermulanya campur tangan kedua-dua buah kumpulan dan berakhir dengan ini. Sebilah parang, beberapa batang kayu dan lebih kurang 4 biji helmet dijumpai di tempat kejadian dipercayai digunakan sebagai senjata ketika pergaduhan berikutan kesan darah yang dijumpai di serata bahagian barang tersebut.

Categories
Sengal

Oh! Mari gaduh sampai bogel! Yay!

Ape nak jadi budak perempuan zaman sekarang. Ni tak lain dan tak bukan gaduh pasal rebut jantan la ni. Dengan bangganya jantan tu nengok je perempuan dok gaduh rebutkan dia. Kalau aku jadi perempuan tu, ajak sekor lagi tu hentak kepala jantan tu. Baru best.. hahahah..

Kalau full video ni, baru la terbogel kot. hehee.. Thailand kan?

Via: dah tak ingat siapa yang hantar untuk hoi@ohtidak.com .. thanks ya!