Categories
Ada Apa?

Oh! I Love Malaysia Contest

Contest ini dianjurkan oleh Exabytes, sebuah syarikat hosting terkemuka di Malaysia. Contest ini amat mudah, dengan hanya memasang banner di website anda, ada kemungkinan anda akan memenangi sebuah iPhone 3GS dan juga sebuah Western Digital Hard Disk 320GB. Contoh banner telahpun ada di dalam website ini. Nampak kan?

Selain menyokong kemerdekaan negara yang ke-52, siapa sangka boleh dapat hadiah. iPhone 3GS pulak tu. Jadi sertai sekarang sebelum terlambat. Boleh terus register untuk contest tersebut melalui banner yang ada di sebelah kanan website ini atau klik link ini.

Kalau ditanya referrer URL, letakkan email kami hoi@ohtidak.com . Tanpa referrer email, pendaftaran anda tidak akan sah. Selepas itu, letakkan banner yang diberikan di website anda, sebarkan melalui artikel di website dan suruh pembaca untuk letakkan email anda pula. Ini kerana jika mereka yang meletakkan email anda sebagai referrer menang, anda juga akan memenangi hadiah yang sama. Sama’lah jika anda meletakkan email kami, jika anda menang, kami juga turut menang. Seronok bukan?

Itu sahaja artikel off-topic buat pertama kalinya di OH! Tidak. Benda free je pun untuk join, why not? Kalau ada rezeki, mana lah tahu kan. Semoga berjaya.

Psstt: Terbuka kepada semua. Bukan hanya kepada pelanggan Exabytes sahaja. Pemenang pula dipilih secara random. Popular atau tidak blog anda, bukan penghalang..