Categories
Kemalangan

Oh! Pergelangan Kaki Putus Ditetak Parang

Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan. Awalnya suspek cuba mencuri besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam, kira-kira jam 11 pagi.

oh-putus-kaki-2

Suspek pada mulanya cuba menyerang pemilik kolam menggunakan besi yang diambil dari kolem lain, tetapi gagal. Suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah van di pandu laju yang kemudiannya melanggar seorang pemilik kolam yang lain. Atas kejadian tersebut, suspek mengambil besi dan keluar dari van terus melibas ke arah pemilik kolam.

Pemilik kolam sempat mencapai parang di raga motornya dan melibas pergelangan kaki suspek hingga putus untuk mempertahankan diri. Suspek di bawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

oh-putus-kaki

OHTIDAK: BERITA INI ADA DILAPORKAN DI AKHBAR TEMPATAN BARU-BARU INI. MUNGKIN INI BALASAN DUNIA. CASH ALLAH BAGI. MOGA JADI PENGAJARAN PADA SEMUA AGAR MENINGGALKAN KERJA-KERJA TERLARANG.