Categories
Ada Apa?

Oh! Pemenang pertandingan OH! Tidak

86 orang dah join contest OH OH OH dengan menhantar gambar-gambar menarik (bagi mereka) yang mungkin ada yang diambil di internet dan ada juga yang dibikin dengan kamera sendiri. Tidak dinafikan, pemilihan gambar paling menarik agak susah dilakukan oleh kerana agak ramai pembaca yang join. Apapun kami cuba jugalah memilih yang paling baik.

Yang tak menang pun, gambar-gambar mereka akan dikeudarakan juga di Oh! Tidak ni nanti. InsyaAllah. Apapun terima kasih di atas kesudian korang untuk menghantar gambar-gambar menarik kepada Oh! Tidak. Oh! Tidak sebenarnya adalah medium untuk menggabungkan kegembiraan anda dengan orang lain. Kiranya, jika anda gembira dengan sesebuah gambar atau video, beritahu kami dan kita sama-sama berkongi pada satu dunia. Kool bukan?

Ada yang hantar sekali banyak gambar, ada yang hantar gambar hantu, ikalan, gambar yang di’photoshop cantik, gambar eksiden, gambar himpunan gigi yang dah dicabut, gambar binatang menangisi pemergian kawan dia yang mati, gambar manusia-manusia yang sengal dan banyak sangat lagi yang memang kelakar. Siapa yang hantar lagi banyak gambar tu, lagi cerah la peluang untuk menang kan? Begitu juga yang hantar gambar yang dibikin sendiri. Ada sorang awek ni hantar gambar dia ngan kawan-kawan bermain-main di tepi pantai.. yes, i like it.. ehehe. Tapi dia patut submit untuk Oh! Cun bukan Oh! Tidak. Apapun, semuanya kami pertimbangkan dengan baik dan cermat..

Gambar yang pernah keluar di Oh! Tidak adalah automatik di’reject dan gambar yang terlalu kecil saiz’nya juga di’reject.

Dari 86 yang menyertai, kemudian ditapis hingga menjadi 10 orang.. Dan kemudian ditapis lagi menjadi 2 orang.. Dari 2 orang ni, terpaksa pilih yang paling bertuah la..

Jadi pemenang bertuah untuk contest OH OH OH adalah…..