Categories
Sengal

Oh! Rekod Cium Mulut Paling Lama Milik Pasangan Gay Thailand

Rekod cium mulut paling lama di dunia kini dipegang pasangan gay Nontawat Jaroegenasornsin (31) dan Thanakorn Sittiamthong (28) yang berasal dari Thailand. Pasangan gay ini berjaya bercium selama 50 jam 25 minit dan 1 saat. Rekod baru ini ialah pembaharuan selama 4 jam dari rekod lama yang dicipta tahun lalu yang juga milik pasangan dari Thailand. Pasangan gay ini ialah salah satu daripada 7 pasangan yang mengambil bahagian dalam percubaan mencipta rekod ciuman paling lama yang dianjurkan pihak Ripley’s Believe it Or Not di Pattaya, Thailand. Nontawat Jaroegenasornsin dan Thanakorn Sittiamthong memenangi hadiah bernilai USD 6500 dalam bentuk cincin permata, pakej penginapan hotel 5 bintang dan wang. Sepanjang percubaan memecah rekod pasangan yang bertanding harus minum, membuang air kecil atau besar dan tidur sambil bercium.

ohtidak-cium-mulut-thailand-1