Categories
Gila

Oh! Saya Hina Agama Islam

Baru beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita pergaduhan di Klang yang membabitkan golongan remaja melayu dan india. Belum sempat kes itu reda, sekarang muncul lagi satu kes yang membabitkan pemuda cina pula.

image

Mangsa Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam. Mangsa telah di pukul oleh 8 lelaki melayu menaiki Toyota Alphard kemudian di humban di Lebuhraya DUKE dalam keadaan bogel. Mangsa diculik dan dipukul dipercayai pihak Polis sebagai salah satu balas dendam ke atas apa yang dilakukan Alvin & Vivian baru-baru ini yang menaikkan kemarahan rakyat Malaysia. Bukan sahaja yang beragama Islam, malah kaum Cina dan India sendiri menempelak tindakan biadap pasangan seks itu.

image

Boleh dikatakan remaja berbangsa Cina ini menjadi mangsa keadaan atas tindakan tidak berotak orang lain. Semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi sebelum dilarikan. Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan tidak diapa-apakan. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.

Categories
Gila

Oh! Kantoi Meniru

* Tahap kelucahan adalah di bawah risiko anda melihatnya. TQ