Categories
Pelik

Oh! Perhatian buat Babi Hutan

Mesti ramai babi hutan yang kecewa lepas ni..

Kaedah bagi cegah haiwan musnah tanaman

TAWAU: Percayakah anda jika dikatakan rambut manusia boleh dijadikan bahan untuk menghalau babi hutan. Jika difikir sejenak, memang pelik dan tidak masuk akal kerana tidak disokong bukti saintifik.

Bagaimanapun, teori itu dibuktikan pengurus ladang sawit di Pulau Sebatik, Mohd Nuin Rusni, yang menggunakan rambut manusia untuk mencegah haiwan itu daripada memusnahkan anak sawit di bawah penyeliaannya.

Pengurus Ladang Kampung Sungai Laba itu mendakwa kaedah menabur rambut manusia berhampiran anak sawit, berjaya mencegahnya daripada dimusnahkan babi hutan yang gemar memakan anak sawit.