Categories
Sengal

Oh! Hati-Hati Dengan Sindiket Penipuan Bil Astro

Dari email yang dihantar ke Oh! Media baru-baru ini oleh Nur Aleesha melalui email support@ohmedia.my

Salam sejahtera,

Saya berharap agar Oh! Media dapat memberi peringatan melalui FB kepada seluruh fans Oh! Media mengenai isu ini.

Pada 14 April 2012, saya telah mendapat SMS yang mengatakan saya mempunyai tungakkan bil ASTRO sebanyak RM 129.30,mesej tersebut berbunyi seperti dibawah:

Pengirim: 60172017369
Drpd Agensi Wakil ASTRO RM0- Sila bayar ASTRO SEGERA utk elakkan tindakkan selanjutnya. A/C: 086834189-5 RM 129.3 T/kasih. Jika BYR ASTRO TEL: 0163216238

saya agak pelik kerana hampir setiap bulan saya bayar bil, dari mana datangnya tunggakan tersebut sedangkan bil Astro saya bayar setiap bulan. Saya baca SMS tersebut berulang kali dan kelihatan kurang menyakinkan setelah saya tengok nombor Maxis dan Digi tu, saya menjangkakan yang ini adalah penipuan. Nasib baik saya ada terbaca dalam akhbar yg pihak astro tak pernah mengambil mana-mana agent untuk mengutip bayaran bagi pihak mereka.

Taktik yang digunakan adalah mengenakan amaun yang tinggi dan nombor akaun yang seakan-akan betul. Bila saya fikir balik, ini mungkin stratergi penipuan pihak yang tak bertanggungjawab untuk menyuruh kita (mangsa) membayar bil astro milik mereka. Bila dah kelam kabut, mesti terus online Maybank2u dan buat payment.

Baiklah, itu sahaja yang saya nak kongsikan dengan Oh! Media. Saya berharap insiden ini dapat diambil perhatian oleh semua pihak.

OHTIDAK: MEMANG BAHAYA BENDA NI. ORANG YANG TAK PEKA DAN TAK RAJIN AMBIL PORT PASAL BIL TAPI BANYAK DUIT, GERENTI AKAN TRANSFER TERUS DUIT TU. SIAPALAH AGAKNYA GERANGAN DIBELAKANG SINDIKET INI. MAKAN DUIT TAK HABIS. APA MOTIF SETIAP PEMBELIAN NOMBOR PRABAYAR YANG DIREKODKAN DATA PEMBELINYA KALAU PERKARA SEPERTI INI BEGITU SUSAH NAK DIPANTAU.

Categories
Lawak

Oh! Astro on the go

Oh! Tidak memohon maaf di atas kesukaran untuk meng’akses web ini sehari dua ini. Ini kerana masalah DNS yang tidak disangka akan berlaku. Kini, semuanya kembali berjalan lancar seperti biasa.