Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Scam penjualan telefon pintar secara pukal

ohtidak-scam-smartphones

Beberapa hari lalu, Oh! Tidak menerima satu email yang berkongsikan tentang kisah seorang usahawan melayu yang baru bertapak di dalam bidang perniagaan telefon pintar telah ditipu oleh seorang wanita melayu yang kononnya membekalkan telefon pintar murah untuk dibeli secara pukal pada harga yang murah. Bagaimana sebuah perniagaan ini diyakini pada awalnya, itulah yang perlu anda tahu. Pelbagai cara digunakan bagi meyakinkan mangsa mereka. Lebih parah wanita ini dimaklumkan masih lagi aktif sehingga ke hari ini. Ikuti kisah berikut:

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk mulakan bicara, biar aku cerita serba sedikit bagaimana aku boleh kena tipu. Aku seorang anak muda muslim yang tekad untuk buat bisnes sendiri. Sejak dulu lagi memang aku minat dalam dunia bisnes ni. Nak dijadikan cerita, aku telahpun mendaftar sebuah syarikat berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tujuannya adalah supaya pelanggan lebih yakin untuk berurus niaga dengan aku. Aku buka syarikat untuk menjual telefon bimbit dan aksesori telefon bimbit.

Disebabkan aku ni baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ‘secara formal’, aku buntu nak cari pembekal barang untuk dijual. Siang malam aku mengadap komputer untuk mencari pembekal. Sebelum ni aku ambik smartphone di KL, tapi harganya agak mahal. Jadi, aku mencari pembekal lain yang lebih murah. Lalu, aku meminta pandangan kawan aku, kat mana boleh aku cari pembekal telefon bimbit yang murah? Lalu kawan aku tu pun mencadangkan aku untuk melayari sebuah laman web (dirahsiakan).