Guys, hati-hati lah ye. Manusia zaman sekarang ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain. Jadi sebelum terkena, elok kita berhati-hati dan menjadikan kejadian terdahulu sebagai sumer inspirasi kita untuk menjauhi kejadian yang sama berulang.
*********************
Subject: Kejadian rompakan di rumah saya
Catitan dari mangsa perompak :
Saya terpaksa mengambil beberapa hari cuti kecemasan kerana pada malam semalam iaitu pada kira-kira 12.30 malam (hari isnin malam selasa 20th Oct 2009), rumah saya telah dimasuk oleh 3 orang lelaki berbangsa melayu (berusia 20an).
1. Saya di ikat tangan kebelakang, di tanggal pakaian dan diambil gambar sebagai ugutan. Sekiranya saya melaporkan kepada phak polis mereka akan menyebarkan gambar tersebut.
1. Kemudian mereka meminta wallet saya. Saya dipaksa memberikan pin number ATM (both maybank & cimb). Mereka menyepak/terajang bila no pin yg saya berikan “salah”. (kerana ada gang mereka yg pergi ke ATM). Saya di “hostage” oleh 3 orang lelaki sementara yg lain ke ATM. Malangnya ATM mesin tidak boleh digunakan selepas pukul 12 tgh malam. Mereka terpaksa menunggu hingga pukul 6 pagi bau keluar dari rumah saya. Sementara menunggu, setiap sudut rumah saya di geledah. Mereka juga meminta saya password & id internet banking (maybank2u) kerana mereka ternampak bil2 yg telah saya bayar menggunakan maybank2u. Walaupun di pukul saya berjaya menipu yg transaksi tersebut di buat menggunakan computer pejabat dan password di lock dalam komputer tersebut. Sekiranya saya melihat atau bersuara, mereka memukul kepala atau menendang saya. Walaupun pada mula nya saya berjaya membuka ikatan tangan, tetapi sukar utk bertindak kerana bimbang mereka akan lebih ganas kerana salah seorang dari mereka memegang pisau yg di ambil dari dapor. Bila mereka sedar ikatan tangan saya terbuka, saya dipukul lagi dan diikat semua kehadapan. Semasa kejadian saya diatas katil dan tidak dibenarkan bergerak.
2. Lebih kurang pukul 5.45 pagi, saya diarahkan meminum secawan air (rasa coklat, tapi pahit). Meraka kata ” kami hendak keluar sekarang. Minum dan baring”. Saya hanya tersedar dari tidor pada pukul 3 petang, dalam keadaaan “terhoyong hayang” seperti mabuk. Handphone, laptop telah hilang. Talian telefon rumah semua di potong wayar. Dalam keadaaan separuh sedar, saya tidak dapat menghubungi sesiapa kerana semua nombor disimpan dalam handphone.
3. Selepas menyambung semula wayar telefon yg dipotong, saya secara tidak sedar menelifon 999. Dan 30 minit kemudian 2 orang pegawai polis datang. Mereka melihat saya seperti “mabok”, mereka tidak benarkan saya memandu ke balai, sebaliknya mengikut mereka. Tiba di balai saya terkejut kerana jam dinding “4 petang”.
4. Selepas itu baru saya sedar mengapa mereka memberi minuman tersebut, supaya memberi masa kepada mereka mengeluarkan semua duit dalam account bank saya. Mereka juga menggunakan credit card utk membeli barang. Saya sempat mencetak statement maybank2 “today’s transaction”.
5. Selain handphone, laptop, mereka juga mengambil kad pengenalan dan lesen memandu, Meraka memaksa saya memberikan nama ibu (utk tujuan pengesahah online oleh pikah bank). Beberapa barangan peribadi lain juga diambil.
6. Oleh sebab itu , saya memerlukan beberapa hari utk membuat kad pengenalan, lesen memandu, kat ATM, pemeriksaan doktok etc. Saya hanya boleh dihubungi menggunakan 03- xx (rumah) atau email. Sekarang saya tidak mempunya card credit utk membeli handphone dengan segara, insya allah selepas selesai saya akan beli.
7. Jumlah kerugian hampir 20 ribu:
a. Cash di rumah rm1500 – rm1800
b. Maybank account RM 7500 (6 kali dikeluarkan kerana limit yg tinggi) & dan transfer account dan pembelian melalui cash card
c. Credit card rm 3,000 (setakat pagi tadi sebelum dilaporkan)
d. ATM CIMB rm 3,000 (nasib baik limitted 3000 per day)
e Accessaries, jam, pen, pakaian (blazer) dalam rm 3,000
Tetapi saya bersyukur kerana tidak di “apa apa kan” hanya dipukul/terajang/tendang. Saya merayu kepada mereka, saya bagi apa yg mereka minta cuba jangan apa apa kan saya. Setakat ini hanya tangan kanan saya yg bengkak dari sakit.
Ramai yg tanya macam mana mereka masuk. Mereka mencapai kunci yg digantung di dinding. (tersorok)
Beberapa pengajaran yg saya dapat:
1. Jangan simpan lebih dari satu atm card atau credit card dalam wallet
2. jangan simpan lebih dari 500 dalam saving or cash account yg ada atm card
3. Jangan melawan ketika kejadian.
Insya allah . saya akan mula berkeja setelah selesai semua.
Popularity: 17% [?]








:[

{ 45 comments… read them below or add one }
yes..yes..1st komen
suka sangat ngan first komen…
LAME!
hansfiah,,, tahniah! hehehehhehe,, 1 kebanggaan tu
kejadian ni berlaku dengan Khai ker? or cerita orang lain? huh,, aku respect la dngn kbranian dia lawan babi2 tu,, ”ada aksi2 jugak”
apa2 pun kpda tuan punya bdn yg terkena tu,, sya simpati & akn bhati2 untuk masa dpan, huh!
isk.. penin kpala.. klu.. hurm..
gile..dasat neh..tpi tu la kan..seb bek minah tu x kne rogol ke ape..kire syukur gak ah..
itu kalau ada duit..kalau orang y xde duit camne lak dorang kene..
hurm..
sepatutnyer pngajaran yg sye dpat tuh ade 1 ttinggal..
no.4 : jgan jdi org kayee..
klaw org susah/miskin probability na kne rompak juz 0.099% jer!
dh nk kne nk wt cmne kn…..redha je
oo jangan melawan.. bagi je semua yer.. selamat x kena rogol.. kalau x gelap masa depan.. xper.. duit boleh dicari tapi nyawa lagi penting dan mesti disayangi.. ingatlah orang yang tersayang.. ceewah
EH. .minah ke yg kena nie?
rasa cm laki je. .huahua. .
nk rgol pe bnda da laki..
xkan pmpn pkai wallet kot. .
nyway,mgsa mmg kaya!!
nk knal bole.. hahaha
yang ke 9
yeye dapat topten
hua3x
rasa cam kembali ke bangku sekolah lak
hmm
bahaya woo
tu pasal
elok simpan duit dalam tabung aji jek
then simpan buku tu kat mane2 yang tersembunyi
takpun
simpan duit dalam bank islam
then patahkan kad tuh
hua3x
papepun sentiasa la berhati2
amalkan ayat qursi
insyaallah
selamat
ish3, apa la nk jadi..
tp ptotnya aku rasa bg je usename n password online banking tu..
pastu nnt trace la kemana duit tu dh pindah. kasi tngkap itu lahanat..
ngengg,dasat sungguh
bahaya gile duk umah sorang2..
sebaik aku duk ngn family ngn taman perumahan meriah di waktu malam..huhu
tsk perompak memang
kalau pencuri lagi baik(x kacau org kacau harta je) x pa kat sana tahu lah nasib diorg
perompak zaman moden kesian betul kawan kita; ( keluarga aku kena jugak habis 70k last year). mari sama cegah jenayah
sabar k.. itu sume dugaan .. anggap je dugaan dari tuhan .. dan banyak2x bersolat .. kalo boleh tinggal rumah dgn kwn kwn .. jangan tinggal sorang-sorang..
cian tul, dunia skrg manusia mmg dah semakin ganas dan x berperikemanusiaan, kita mmg xleh elak kalau benda dah nak jd. tp mesti beringat sebelum kena.
hoho
naseb abek mangsa lelaki..
kalau awek? awek cun plak tu… pergghh
mesti kena tibai bergilir2.. pastu simpan 2 3 malam
jual kt bapak ayam… mampos…
so ingatan gadis2 yg cun dan x cun….
pakaila seksi2.. make up lawo2…
mmg lahanat btol perompak tue..
naseb baek lelaki.. kalau awek cun? mau kena tibai bergilir2, simpan 2 3 mlm, pastu jual kt bapak ayam.. mampos..
jahat gile. benci gile aku ngan prompak ni. nak hidup senang je. xpe2 spandai2 tupai mlompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.
aik??
ermm..ni laaaa..
bila2 jadi mcm ni, baru laaa nak fikir hati2…
time2 senang xnak fikir…
bile org kempen suh blaja silat ke, blaja pepe yg bley pertahankan diri XNAK!..
pakai modal.” alaaa, xpayah laaa nak melawan “…huh~
tu sib bek mangsa tu xde pepe, kalu di rogol, di pukul, di bunuh..xke sia-sia ko ade tangan, kaki, n kudrat walopon xseberapa tu utk pertahankan diri…pakai akal laaaa…
so, pengajaran yg ak dpt nyatakan kat sini(n bley paste kat pngajaran dia yg k tiga tu)…BLAJA LA SILAT!!!
Saya setuju ngan Apis. Amalkan baca Ayat Kursi bila nak kunci pintu. Saya nak citer sikit pasal kemujaraban Ayat Kursi. 2 tahun lepas saya buat renovation bilik air rumah. Saya upah kat sorang Indon Minang yang saya kenal biasa. Indon ni pulak ajak sorang kawannya yang saya tak kenal. Mereka pun mulalah buat kerja pecah sana pecah sini manakala saya dan isteri pergi kerja. Bila balik pada sebelah petangnya Indon Minang tu terus bertanya pada isteri saya ‘pagar’ apa yang saya pakai untuk memagar rumah. Isteri saya jawab, mana ada pagar-pagar. Indon Minang itu pun bercerita.
CERITA INDON MINANG
“Tengahari tadi sewaktu waktu makan saya tinggalkan kawan saya sorang-sorang dalam rumah. Saya kata pada dia kalau dah siap kerja bolehlah keluar makan. Tapi bila saya balik saya tengok dia sedang tidor. Saya tanya dah makan ke belum. Dia jawab belum. Saya tanya kenapa. Dia jawab pintu kunci, tak boleh keluar”
Indon Minang hairan, macamana kunci rumah tak boleh buka dari dalam, walhal dia yang di luar boleh masuk ke dalam. Timbullah pertanyaan di fikiran Indon Minang tentang ‘pagar’ dan niat pekerja tadi. Keesokkan harinya pekerja yang terkunci tu dah tak datang kerja dan saya dimaklumkan bahawa dia takut nak masuk rumah saya. Selesai Indon Minang bercerita, isteri saya pun bagi tahu pada dia bahawa setiap malam dan pagi sewaktu nak kunci pintu dia amalkan membaca Ayat Kursi dan 3 Kul sebanyak 3 kali. Itulah dia kebesaran dan kemujaraban Ayat Kursi. Wallahualam.
Pencuri sekarang memang bijak..
Tapi balasan akan tiba juga..
menakotkan btol..
huhuhu…mmg mujarab ayat kursi nie..so amal2kn la..yg slamatnye kte gak…:)
neway sabar k utk mangsa…mmg bijak la penjahat tu… tak selamat dah dunia sekarang
mmg la penjahat tu tak rogol…ada air mani dpt jd bukti…kalau mangsa pompuan… kalau mangsa laki mmg la tak rogol…tp buat pa nak amik gmbar bogel…lelaki bogel normal pe…….
kalau aku yang gubal undang², aku akan masukkan nama penjenayah dalam PENDERMA ORGAN wajib lepas mati…. sebelum mati, sebijik buah pinggang, dan separuh hati di rampas untuk kegunaan manusia yang ada sifat manusia… bukan binatang macam perompak ni…
aku bengang betol la dengan perompak ni…sial betol… orang susah payah kerja siang malam… ekau senang² nak teba duit orang puluh² ribu…
kalau diorg tak bijak, bkn perompak profesional namanya..
perompak2.. hati2 ye
teori menggatakan..’hidup xkan kaya dengan mencuri’
perompak skang kejr dunia je..
tgu je ar nsib ko wahai permpak..
perompak skang kejr dunia je..
tgu je ar nsib ko wahai permpak..
udah2 ar wahai perompak oi..
bwak2 ar insaf..
xkene pon klu merompak klu x ke dlam pnjara gk..
sape mangsa kejadian nie??cam penulis jerk…
hutang aku mne…?
Y0sh..
Sapa suh jd org kaya
Jahat punya perompak.
cam x best jer post kali ni…
ish2!!! seronoknya aku sbb hidup aku miskin… perompak pun x pandang
pandai2 tupai meloncat, lama2 jatuh kt tanah jugak…..
mmg dasar perempak, hari2 pikir camner nk rompak. mcm kiter blogger jugak, hari2 pikir camner nak tulis entry yg mengancam
Great work thief~
Allah itu tidak tidur…
semoga kamu yg teraniya ini mendapat ganjaran yg lebih daripada kerugian yg kamu alami…
ini sekadar dugaan Allah… sabarlah..
orang sabar disayang sama Allah
dugaan untuk anda b’sabar je la..
kesakitan hny menghapuskan dosa anda..
b’b..