Katakan Tidak Pada Segalanya
Oh! Mohon Maaf Kepada Semua
Share on FacebookDi hari Jumaat yang penuh syafaat ini, pihak redaksi Oh! Media yang menjadi pemangkin kepada semua web berdomain Oh, ingin meminta maaf kepada semua para pembaca kami. Ianya bukan hanya ditujukan pada team ore_debe yang terasa sakit mengenai artikel yang pernah dikeluarkan di Justkhai, tetapi juga pada pihak-pihak yang lain samaada kerajaan, swasta mahupun perseorangan.
Sejak rangkaian kami dilebarkan, kami sering berusaha mencari bahan-bahan menarik untuk dipaparkan. Adakalanya, ianya menarik bagi kami tetapi tidak pada orang lain. Kami sedar ramai pihak yang terasa dengan satu dua entri dari kami, tetapi kami tegaskan, ianya TIDAK ditujukan pada semua tetapi lebih kepada siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.
Contoh artikel kontroversi seperti kes Blogstarz, Luxor, Orang Kelantan, Gosip beberapa artis dan banyak lagi telah mendewasakan kami sebenarnya dalam dunia website ini. Manusia mana tidak melakukan kesilapan. Kadang-kadang niat kita lain. Tetapi di salah ertikan. Contoh seperti entri orang Kelantan di Justkhai, telah mendapat kritikan hebat oleh para pembaca. Tetapi bos saya sendiri adalah orang Kelantan dan dia menyokong artikel tersebut kerana baginya menyedarkan sesetengah remaja dari negerinya sendiri.
Di Oh! Artis juga telah lebih 5 kali berlaku kontroversi antara peminat dan artis kemudian diselesaikan oleh kami melalui email dan perjumpaan secara baik. Segalanya boleh diselesaikan dengan cara baik. Tidak perlu saman, tidak perlu hack, tidak perlu DOS. Email kami jika terdapat sebarang masalah yang tidak senang di pihak anda. InsyaAllah kita boleh selesaikan tanpa campur tangan orang lain.
Di harapkan semua pihak terutama pihak Ore-Debe memahami dengan baik artikel permonohan maaf ini. Pintu perbincangan sentiasa terbuka. Entri mengenai Kelantan itu juga sudah lagi tiada demi menjaga hati anda semua yang nyatanya tersalah faham mengenai artikel tersebut. Hubungi kami melalui email untuk perbincangan lanjutan secara baik cara dan jalannya. Manusia mana yang tidak pernah berbuat kesilapan. Ini ditegur dengan cara maki hamun melibatkan ibu dan bapa yang bagi kami langsung tidak professional dan kebudak-budakkan.
Wassalam.
| Print article | This entry was posted by khaixy on July 17, 2009 at 3:23 pm, and is filed under Ada Apa?. Follow any responses to this post through RSS 2.0. Responses are currently closed, but you can trackback from your own site. |
No trackbacks yet.
Comments are closed.


















about 1 year ago
kita berbincang baik2 pula lepas ni khai.. ok.
about 1 year ago
ahahahhahahahahahahahahahahahaha
about 1 year ago
hahahahaha . bincang
about 1 year ago
hm..tiap orang tak sempurna..maaf dan menerima maaf, tu yg terbaik.
about 1 year ago
ade ape sbnya ni khai? terharu je baca… ngee~
be cool k? pengalaman mematangkan, insyaAllah
about 1 year ago
nextt attack ore debe.. mediamalaya.com
hahahhahaha
about 1 year ago
Salam semua. aku tahu korang semua hebat dan berilmu mengenai dunia IT ni. Tapi dalam perkara ini, aku harap sangat, tolonglah be professional.
Aku nak email korang tak boleh sebab korang x pernah tinggalkan jejak. Nak tunggu korang email apatah lagi.
Kalau boleh aku nak jelaskan satu2 persatu pasal entri now.. Tapi takpelah, isnin lepas dah delete pun entri tu bagi menjernihkan keadaan. Itu pun entri yg dah agak lama.
Dah delete pun still korang macam ni.. Then what to do? kalau ada apa-apa lagi yang tidak memberi kepuasan di hati, berbincanglah cara baik kalau boleh. Itu je satu yg diharapkan.
Wassalam.
about 1 year ago
attack selalu Gelora !
about 1 year ago
sekarang kami memahami anda, sebelum pihak anda membuka thread mengenai apa2, di harap anda berfikir dulu, dalam komen mengenai budak kelantan, anda hanya komen berat sebelah, komen anda terlalu jijik untuk di baca oleh khalayak kami, adakah kami bersikap kepuak puakan. anda perlu menjaga disiplin mengkritik. dalam mengkritik, nilai2 yang baik perlu diterap. Ore-Debe.. gencatan senjataaaaaaaaaaaa
about 1 year ago
Aku suggest korang kalau nak perturun ilmu..
http://www.malingsia.com
about 1 year ago
laen kali jagaaaaa laa entrii tuu
go go
about 1 year ago
Lain kali nk buat pasal artikel racist fikir la banyak2 kali dulu.kenapa selalu orang kelantan yg jadi mangsa?sebenarnya org kelantan ke sape yg berpuak puak ni?
org kelantan rilek je, org luar negeri kelantan lak yang lebih lebih kutuk2 maki2…ingat la tak baik bermusuh sesama manusia.kita diciptakan laki dan wanita bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati ?
bukan kutuk kutuk maki maki.
khai, kalau anti-kelantan sekali pun..fikir la sikit tentang hati perasaan org lain.bukan semua org kelantan mcm tu.dah tau entry tu akan mengundang kontroversi, so jangan la nk buat entry macam tu.
kenapa kutuk kelantan je? yang ganu tu budak sekolah gaduh kat surau lagi la gile..tak menghormati rumah suci Allah. tak pulak ko buat entry tu…
so dari perspektif saya khai ini jenis yang RACIST…
Assalamualaikum wbt
about 1 year ago
@gelora, ya tidak dinafikan setelah membaca semula dua tiga kali ertikel tersebut, baru dapat rasakan apa perasaan orang lain yg membacanya (especially kelantanese). Entri tersebut dilihat tidak lebih dari provokasi walau tidak pada nawaitu nya..
Setinggi2 Maaf dari pihak kami.
about 1 year ago
@poor you, tidak.. saya tidak langsung mempunyai masalah terhadap orang negeri Kelantan. Tidak sesekali.
Entri tersebut pada mulanya dilihat tidak lebih dari hanya teguran dari apa yang dilihat dari pengalaman saya. Walau begitu, saya tidak langsung mempunyai masalah dgn orang dari negeri Kelantan.
Di dalam dunia business dan nyata, saya berhubung baik dengan rakyat negeri kelantan. Even seorang dari rakan baik adalah dari negeri kelantan.
Entri terbaru di Justkhai, adalah artikel mengenai remaja terengganu sebenarnya. Tetapi untuk mengelakkan masalah yang sama seperti entri Kelantan, kami tidak sebutkan apa-apa nama negeri terjadinya mengenai video tersebut.
Jika diselak artikel-artikel lepas, artikel remaja terengganu bergaduh telah lama ada di justkhai. Tetapi itu kejadian sepak terajang yang dulu bukannya yang terkini.
Saya tidak pernah racist pada bangsa sendiri tetapi lebih kepada mahu melihat bangsa sendiri berjaya. Tak perlu diterangkan lebih kerana Allah mengetahui kebenaran kata-kata ini. Wassalam dan terima kasih semua.
about 1 year ago
walaupun niat seseorang itu daripada kebaikan, tapi tafsiran orang lain bukan sama dengan niat yang kita fikirkan. provokasi sebenarnya timbul apabila kata2 yang di muatkan tidak menjelaskan kebenaranya. walaupun diri saya sendiri seorang ” blogger “, saya perlu mendisiplinkan diri dengan ilmu bukan dengan emosi, website justkhai ramai yang follow, segala kata kata yang dimuatkan walaupun berniat baik, tidak akan dipandang sejujurnya oleh pembaca.
about 1 year ago
NEXT ATTACK ore_debe http://malingsia.com
YEAH YEAH YEAHHH
PASUKAN MENEMBAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
about 1 year ago
kenapa aku xleh cmt ni?
about 1 year ago
salamX khai, diharap dapat beri pengajaran tentang apa yang berlaku.Org kelate bukan debe kat luar je, dalam internet pun debe gak..hehehe
tentang berpuak2 ni ade sesetengah je…tgk cam aku ni ada kawan dari kl, jb, selangor, kedah, perak, melaka, sabah (takde org tanya tapi sape suruh tanya kan)
yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..
salamX
about 1 year ago
betul tu..
buat baik berpada2..
buat jahat jangan sekali.. buat banyak kali..
hehehehhee
about 1 year ago
minta maaf tu menda yang baek. Allah suka.
Bagi maaf pun menda yang baek. Allah suka.
Sama-sama muhasabah diri, anda, saya, kita, dan Allah suka.
about 1 year ago
laen kali berhati-hati bila nk masukkan entri ke hape ke .
sama2 ingt oke .
>> Lain kali nk buat pasal artikel racist fikir la banyak2 kali dulu.kenapa selalu orang kelantan yg jadi mangsa?sebenarnya org kelantan ke sape yg berpuak puak ni?
about 1 year ago
apa-apa pon, syabas kepada khai… walaupon umur awal 20 an, tapi kematangan mengalahkan aku yang 30 an ni, hu hu….
tak pe la khai, kalau orang dah tak reti-reti bahasa tu, khai mengalahkan je lah, minta maaf cara yang terbaik, lain kali tak buat lagi. kalau depa masih berkokok lepas khai mintak maaf, khai ‘iye’kan aja lah…. orang lain yang sekadar pemerhati tahulah menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
so, be cool khai, stay just who you are, stay justkhai
piece!
about 1 year ago
apa kes mau mencurahkan minyak dalam api ke bro??
about 1 year ago
gelora….oh…gelora…. sudah-sudahlah tu…hentikan kerja ko yg tak berfaedah ni. kalau setakat guna tool utk ddos buat apa. aku tau ko ada buat kerja lain yg tak berfaedah di alam maya ni. jgn ingat aku xtau siapa ko.
khai. ko nak trace gelora ni, ko search geloraworld kat google… dari situ ko akan tau root di mana dia berada.
aku sedihlah nama jea melayu tapi tak pikir guna otak. patutnya kemahiran yg ko ada ni guna utk benda2 kebaikan…bukan utk sebaliknya.
about 1 year ago
sape suh perkotakatikkan org laen .
burukkan org laen . bagos nyaaa diorg neh ea
about 1 year ago
kalau dia nak burukkan org lain sekali pun yg ko terasa tu kenapa?
dah tu ko ddos domain dia fikir diri tu bagus sgt?
kalau ko bagus sgt, sila ddos domain2 yg hebat2. bukannya domain2 biasa. childish
about 1 year ago
tak lah bro, nak kasi semangat kat mamat khai sorang ni… walaupon die mesti cool punye dengan ‘serangan-serangan’ yang datang, tapi jauh di sudut hati die mesti ada sedikit terkilan, maklumlah, niat baik disalahmengertikan gitu…
-piece
about 1 year ago
heh, to shutitup : org lain x sebagus ko kan. tu sebab org lain guna blog sendiri untuk kutuk org negeri lain. x payah nah tudingkan jari atas satu pihak je la , ko ada otak ko pk sendiri. heh childlish ye. gua memang salute la lu “fcuking m0r0n”.
about 1 year ago
baik serang yg menyerang bangsa sendiri .
about 1 year ago
“fcuking m0r0nâ€Â??? ahahaha…. tinggi sungguh bahasa ko. ni lah budak2 melayu, sikit2 mencarut….dengkit sikit ddos….dengki skit bomoh. kalau macam nilah pemikiran ko, sampai bila2 ko sama jea. inilah yg akan ko ajar pd future famili ko kan? well, khai mmg guna blog dia sendiri utk publishkan entri tu. so salah ke? aku fikir berlambak lagi blog2 luar sana yg buat entri pasal kaum negeri ko. so why not ko hack atau ddos jea? ahahaha…kesian, blog khai jadi mangsa di ribuan blog yg lain.
xpe khai…. biarkanlah dia nak ddos ke…whatever ke, ko must be strong.
biarkan di gelora world & kawan2 nya di dalam dunianya sendiri…. sampai masa nnt ko akan terima balasan jua.
about 1 year ago
shutitup? blog ko pernah tertembak oleh kami ke??
sorry ye
kawhkhakhwkhkhakhwkhkhkahwkahakhwkahka
about 1 year ago
coklat ka..biru ka..hitam ka..
kan kite org malaysia juga kan..
about 1 year ago
Ya Allah, satukan lah hati kami sesama muslim untuk kami fokus mendapatkan keredhoan Mu, Amin…
about 1 year ago
xleh msuk pn web http://www.malingsia.com ??
about 1 year ago
to shutitup: sorry banyak2 ye kalau ko pun turut sama kena tempias nya hihihihi. tata.
autobots lets roll out!
about 1 year ago
kenali nel iaitu penddos justkhai.com hanya di http://i30.tinypic.com/2hnytsw.jpg
about 1 year ago
budak _ kelantan Says:
July 17th, 2009 at 4:44 pm
salamX khai, diharap dapat beri pengajaran tentang apa yang berlaku.Org kelate bukan debe kat luar je, dalam internet pun debe gak..hehehe<—camni la kalo korang ikhlas tak payah buat kenyataan macam ni..
@ore debe
sudahlah jangan terlalu emosi..ko ddos itu dah menunjukkan ko bukan seorang yang matang dan berpendirian..ko bersikap kebudak-budakkan..ada ilmu gunakan di jalan yang berfaedah..
pegang kata-kata dan ingatan ni "kalau kita rasa kita bagus ada 1000 lagi orang yang bagus,kalau kita rasa kita pandai ada 1000 lagi yang pandai."
So ko x payah lepaskan kemarahan ko dengan buat benda x berfaedah n aku tak rasa ko marah sebab artikel yang khai keluarkan tapi ko cuma nak tunjukkan kononnya ko sgt hebat atau ko ada sifat dengki atas kejayaan orang lain. Ada yang tak puas hati berbincang elok2 jadilah orang yang berpendirian dan matang.
@khai
lain kali nak buat sesuatu fikirkan baik buruk. Fikirkan perasaan orang lain kadang-kadang apa yang kita buat tuh kita rasa betul tapi sebenarnya di mata orang lain x betul dan menyakitkan hati. Orang tua2 dah pesan "beringat sebelum kena." " cakap siang pandang2 ckp malam dengar2."
Apapun aku sokong atas usaha ko yang gigih dan tak berputus asa. Semoga ko terus berjaya dengan usaha gigih ko khai.
Nasihat aku, kalau korang rasa tak puas hati or x suka dengan sesuatu tuh tak payah la nak amik serius sgt. Dah x suka x payah nak baca tak kira la di blog khai ke sapa ke..masing2 ada pendapat dan pendirian masing2..
about 1 year ago
tima kasih ye pjan atas nasihat pngjang lbar ko tu.
ada bagus jugak ko bg nasihat camntu.
cuma , hakikatnya tu lah, kalau x nak org “sentuh” jgn ada niat untuk “sentuh” org lain dulu.
about 1 year ago
salam.. *sigh
dah la tu.. Perkara dah lepas.. Pendamaian dah tercapai. Zero-Zero. Terima kasih di atas segala nasihat korang semua. Yang baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan.
Majulah blogger untuk negara..
Wassalam.
about 1 year ago
owh.. ilek2 sudey..