
Oh! Kemalangan ngeri Sani Ekspress
Share on Facebook
IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.
Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang; dua rakan karib, Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua pasangan beradik, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Ph Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah serta Sharifah Raheel Al Junid Syed Harun, 21, dan Sharifah Hassanah Syed Harun, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Dua lagi ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar Perlis. Anggota tentera, Md Razip Fadzir, 43, dilaporkan cedera parah, manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah hanya cedera ringan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata, 10 penumpang yang duduk di tingkat bawah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan termasuk kepala, manakala mangsa yang parah masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
“Bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudian melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti,” katanya.

Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan pertama (di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.
Berikutan itu, katanya, polis menahan reman pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.
“Ketika disiasat, pemandu bas terbabit mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian iaitu kira-kira lapan kilometer (km) dari Tol Jelapang, di sini, semalam.
Katanya, siasatan itu mendapati pemandu terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian yang dijalankan didapati negatif.
Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi kejadian dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian.
“Siasatan mendapati pemandu bas dari Klang memulakan perjalanan pada jam 9 malam dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah kerana ada penumpang ingin ke tandas. Pemandu itu juga bercadang untuk berehat (bertukar pemandu) sebaik berhenti di R&R Sungai Perak,” katanya.
Kemalangan ngeri itu adalah kejadian pertama berlaku di laluan terus tanpa henti sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu. Laluan sepanjang 14.7 kilometer antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai sejak Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.
Sementara itu, Siti Munira yang menceritakan detik cemas itu, berkata dia sedang tidur di tingkat atas bas sebelum dikejutkan dengan jeritan kuat penumpang terutama dari bahagian bawah.
“Saya tersentak dan melihat penumpang di tempat belakang saya mengerang kesakitan kerana tersepit akibat hentaman kuat. Saya hanya mampu mengucap kalimah Allah selepas mendengar pekikan mangsa yang terkejut dengan dentuman itu,” katanya. – Berita Harian.






+ Cerita dari blogger, saksi di tempat kejadian.
+ Rakan blogger, Megat yang mengulas isu bas terbalik ini atas kecuaian pemandu yang lena.
+ Some Pic (waktu siang) courtesy by Kertaz.
P/s: Kami akan update gambar yang lain beberapa jam lagi.
| Print article | This entry was posted by Gadis Lonely? on December 27, 2009 at 8:31 am, and is filed under Eksiden. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |











about 8 months ago
1st..
dah tgk smalam..
dasyat tul
about 8 months ago
aku x phm ar asal semua org nk first??
aper korang dpt??
about 8 months ago
lagi 1st lagi tinggi kebarangkalian untuk nama korang di’klik. Kiranya mengambil sedikit trafik yg sampai ke ohtidak. Itu motifnya mereka ni berlumba untuk jadi no 1.. tp kalau nama takde link blog, itu saya pun x pasti kenapa. Suka2 je kot.
about 8 months ago
Kesian kat sume mangsa..
ramai muda2 lagi
about 8 months ago
2nd..
Ksian2…
about 8 months ago
xmau tgk! cukuplah skdar bc.. heeeee~
about 8 months ago
2 dri mangsa adala kenalan kt uni..
alfatihah tok arwah..
about 8 months ago
Takziah untuk keluarga mangsa…
about 8 months ago
sian..
about 8 months ago
aku no last rilex jer..
market gak..
tol ark gadis lonely..??
hahaha=)
about 8 months ago
about 8 months ago
memang dashat time tu,aku betul2 saksikan kemalangan tu dari mula2,kalu nak ikutkan aku la saksi pertama,tapi aku dgn family terpaksa beredar dulu sebab diorang tak tahn lg tgk kejadian tu,kedudukan aku cuma dlm 100 meter ja. mula2 bas tu di line sbelah kiri pastu dgn tetiba dia kanan skit dan terus menghentam divider d sbelah kiri.
about 8 months ago
takde masalah papepun kalo cakap first
dengki tak tentu pasal umpama itik ketagih syabu je orang yang komplen2
buta mata hati ape?
ish3x
sian betul
mati cam tu je
semalam pun sorang sedara aku meninggal
eksiden
dah tua dah
kena langgar bas gak
masyaallah
sama2 la kita sedekah fatihah pada semua muslimin dan muslimat yang meninggal semalam
amin
al-fatihah
about 8 months ago
Isu pemandu mengantuk ni lah buat aku dah fobia nak naik bas…
Boleh naik.. janji aku yang bawa bas tu… Pengangkutan awam lebih SELAMAT.. thinks again… Sekali accident.. banyak nyawa terkorban…
about 8 months ago
aku ngan family aku sksikan kjdian ni ngan mata pala kami sndiri.
about 8 months ago
yG Ak tau dr seseorg, pemandu bas 2 jenis xsuka bg kat kt pemandu baru drive cz bus 2 br 3 bulan kuar. pemandu tersebut dah drive dr kangar ke klang pg 2.. mgkn 2 sbbnye pemandu 2 penat n terlelap..
about 8 months ago
aku sendri pernah mengalaminya…kes pemandu ngantuk..kebetulan dok blakang pemandu…pe lagi hanginlah aku…cz dia bwak bas dh x betul…so sepak2 je seat dia…bikin terkejut jap…x pon pn kuatkn volume phone…bkn ape…untuk keselamatn diri gak…huhu..
about 8 months ago
urm..dengar citer pkhidmtaan bas sani kena gantung..
cam ne ak nk balik dungun esok (28hb.12.09)..
rasa ngeri plak nk neak bas..
dah le duk kat atas t..
rehda jelah…
about 8 months ago
takde org nk eksiden pun….tapi sebagai pemandu yg bertnggjawab ngan nyawa org lain kalu dah penat tu rehat laaa….tengok apa dah jd?hanya beberapa saat je memisahkan yg hidup dan mati…
about 8 months ago
yg duduk kat atas tu selamat..
yg bawah tu plak trkorban..
takziah kpd kluarga si mangsa..
about 8 months ago
tol jelapang…dah ubah tempat tol pon excident lagi..tempat tu mmg makan org btul ar ngeri btull..al-fatihah utk keluarga mangsa.. 1 lg harap2 enjin bas tu x kne curi dan dijual keluar negara ek hahahaha..ehemm serius x bole gelak
about 8 months ago
takziah buat keluarga mangsa….Al Fatihah…
about 8 months ago
ALFATIHAH TERIMA SAJA AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH
about 8 months ago
setiap yg idop 2 psti akn kmbli kpd-Nya jua..
arap2 fmly mngsa yg t’krbn nie reda ngn ktentuan ALLAH..
smga roh mreka dtmptkn d klgn org yg beriman…AMIN…
AL-FATIHAH…
about 8 months ago
kedua-dua adik beradik yg meninggal itu adalah sepupu rapat sy..sharifah raheel dan sharifah hasanah…
sy masih lg dlm keadaan terkejut dan tidak sangka yg mereka terbunuh dalam nahas ini..kehilangan mereka amat dirasai kerana kedua mereka ini sangat peramah dan periang…sering mengusik sy serta sepupu2 sy yang lain..jd sesiapa yg ada di tempat kejadian ketika itu yg sudi menceritakan kepada sy ketika sebelum atau selepas nahas itu berlaku sila hubungi sy di 0174186613…sy harap tiada org yg akan bermain-main ketika menghubungi saya untuk menceritakan kejadian itu..assalamualaikum
about 8 months ago
kedua-dua adik beradik yg meninggal itu adalah sepupu rapat sy..sharifah raheel dan sharifah hasanah…
sy masih lg dlm keadaan terkejut dan tidak sangka yg mereka terbunuh dalam nahas ini..kehilangan mereka amat dirasai kerana kedua mereka ini sangat peramah dan periang…sering mengusik sy serta sepupu2 sy yang lain..jd sesiapa yg ada di tempat kejadian ketika itu yg sudi menceritakan kepada sy ketika sebelum atau selepas nahas itu berlaku sila hubungi sy di 0174186613…sy harap tiada org yg akan bermain-main ketika menghubungi saya untuk menceritakan kejadian itu..assalamualaikum….
about 8 months ago
takziah ya Omar Alkaff.. kedua-dua arwah sangat cantik dan saya pasti orangnya juga baik-baik belaka. Semoga keluarga anda tabah menghadapi ujian dari Allah ini.
about 8 months ago
salam takziah kpd keluarga mangsa…
about 8 months ago
takziah kpd keluarga mangsa..sama2 lah kiet sdekahkan al-fatihah kpd mereka yg terkorban..
about 8 months ago
tkziah sy ucpkan kpd sume fmly mgsa
about 8 months ago
smga rohnya dicucuri rahmat
about 8 months ago
about 8 months ago
pelik.. kenapa setiap bas yang berlaku kemalangan, nama syarikat akan di tutup! sedangkan orang dah tau yg tu bas dari syarikat mana.. pelik btul.. kenapa ya?
takzizah kepada keluarga mangsa..
about 8 months ago
takziah kpd keluarga mangsa..kuatkan smgat dan bersabar..
ini adalh ujian dari Yang Maha Esa..Smga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dn solehah..al-fatihah…
about 8 months ago
Aritu aku nak pegi genting, naek bas SERANAS EXPRESS, naek kat klang sentrel jugak..dapat plak bas rosak..dari highway shah alam bas tu dah rosak..aku pown heran la apsal la diowang xnak ganti bas..padehal bas tu blh di kate kan dkt nak 20 kali asek berenti2 je!! Bile dah sampai dekat highway nak naek genting tu, bas rosak lagi..boleh plak bas tu berenti btol2 tepi GAUNG!!! tuhan je r yang tau camne mase tu..dah la penumpang ramai..bas dah goyang2 cam nak tebalek masuk dalam gaung…!!! Mak aku dah takut dah..kesian aku tgk muke mak aku mase tu.. pastu aku call offis SERANAS tu..komplen r bas dye membahayekan nyawe penumpang..bole plak minah tu nak Kerek..dye plak macam nak marah aku.. Geram betol aku..kpd orang klang yg nak g genting naek bas,jgn la naek seranas, baek amek bas kat KL, bia jauh asal selamat!
about 8 months ago
Dah banyak kemalangan melibatkan divider kat highway..tak boleh salahkan pemandu bas sahaja…rasanya kerajaan kena kaji semula pengguna pembahagi jalan yang lebih selamat…Setiap kejadian telah di tetapkan oleh Allah…
about 8 months ago
Al-Fatihah kepd mgsa dan takziah kpd keluarga mangsa.
nama syarikat kt bas tu ditutup guna surat khabar..
hehe..
about 8 months ago
salam….takziah buat keluarga mangsa nahas……
about 8 months ago
tiap kali berlaku xcden mcm ni..baru r nak kuatkuasakan undang2.. tu pun hangat2 taik ayam jer…apapun takziah kepada kuarga mangsa.. kpd mangsa yg beragama islam..sedekahkan la Al-Fatihah..moga roh nya dicucuri rahmat..
about 8 months ago
cik2 sayo ado cadangan…. isap kudo dulu sebelum memandu..baru x ngantu
about 8 months ago
huh~… al fatihan buat mangsa..org nmpak kejadian tu pagi tu.. org berada dalam bus yg lain… hurm mmg ngeri.. sedey melihat smpai ade yg terputus2… allahuakbar…. tpi jalan tu tidak sesuai begitu.. apabila terjadinya kemalangan begitu org belakang xboleh bergerak ke kiri mahu pun ke kanan.. bus kami yg bersar itu terpksa u turn balik dan begitu juga kenderaan lain… sangat tidak praktikal…
about 8 months ago
gov should just ban night trips by exprss buses.
about 8 months ago
driver xtido
dr keadaan bas pas lggar
nmpk sngt cm dy bwk laju
xmgkin org ngantok leh tkan minyak laju
mmg dy xtdo tp bwk laju
cuma dy xmo ngaku je
about 8 months ago
sape tengok buletin utama tv3 mlm td. 28 dec 09!!?
heheh sgt menarik n idea yg sgt brilliant.
1-naib canselot unimap/universiti malaysia perlis da stop kan perjalanan melebih pukul 12 mlm. means. bas akn bertolak pada waktu pagi n petang je.
2-panel-pensyarah uiam(psikologist) .-slalunyer kes pemandu terlelap ni sbb diorang slalu tuka shif. kjap siang. kjap tuka malam. JAM BIOLOGI MANUSIA TERGANGGU. contohny: klo kita hari2 da bangon pagi kol 5. even terlupa nk kunci jam. normally kita akn terbangon sendri kol 5. same la waktu kite berjaya. macam nurse kt hospital. diorang shif malam dlm tempoh yg lama. jd. da biasa la ngan suasana malam(spatotnya tidor tp berjaga).
3-kebanyakan kes kemalangan bas berlaku pd waktu malam akibat pemandu mengantuk
JADI- adalah REALISTIK SUPAYA KERAJAAN MALAYSIA BANNED PERJALANAN BAS JARAK JAUH PADA WAKTU MALAM
about 8 months ago
bila bawa bas laju2…yg sbenarnye bas yg control pemandu…bukan pemandu yg control bas…spatutnye pkara2 mcm ni klu bleh kita elakkan…biar plahan asal slamat….klu dh ngantok napa tk tukar pemandu je…bukan setiap bas ada pemandu penganti ke???…takut ada jenis yg nk mkn sorang je…ingin kan pendapatan yg lebih hebat dari yg lain kerna sanggup mengejar trip ulang-alik…maaf kerna bkata sedemikian…..kerana nyawa seseorg lebih penting dan b’makna….sekian dr sy dan sama2 la kita mgucapkan takziah kpd kluarga mangsa…salam
about 8 months ago
tahu x kt web mner g nk catch up pix & news sal ‘takdir’ Allahswt nih??
ms tgk tv3 cm xprcaya ja coz bus express ni kn tkenal.. cmne lah nk balik kolej nanti…takut naik bus express dah.
about 8 months ago
Mangsa ada yg putus anggota badan serta kepala.. Mmg myayat hati.. Omar Alkaff, aku rasa info kt post atas ni mmg dah full story.. Baru aku perasan ada info tertinggal.. Ada mangsa yg putus kepala & anggota badan.. Gmbar kt atas tu aku yg snap.. Ingt nk snap lagi tp pak cik polis dah sruh kluar dari kawasan tu..
about 8 months ago
sedekahkan al-fatihah kpd jiranku syarifah hasanah dan syarifah raheel,
semoga berada dalam kalangan orang yang beriman,
amin…
about 8 months ago
saya kecewa dengan sesetangah penumpang yang bila anggota penguatkuasa seperti polis, jpj atau lpkp buat pemeriskaan, ada yang marah2 dan tak kurang juga ada yang maki2 suruh cepat dan ada yang tak nak bagi kerjasama (mungkin ada sesuatu yang penting, tapi pandai2 la bahagikan/peruntukan masa perjalanan anda), terutamanya pada musim perayaan. itulah salah satu sebab kenapa Malaysia memegang ranking tertinggi kes kemalangan jalan raya di dunia, sikap tidak sabar! kepada abang2 penguatkuasa, buatlah kerja anda dengan AMANAH. kepada pemandu bas, ingatlah… anda membawa nyawa manusia, bukan membawa bas. kepada penumpang seperti saya, bagilah kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan.
about 8 months ago
Semuga Allah mencucuri rahmatNya buat semua yg menjadi mangsa kemalangan…Buat Syarifah hasanah dan syarifah Raheel anda berdua begitu cntik wajahnya..Apakan daya kerna Allah swt terlalu menyayangi anda…Akan kupastikan kalimat Alfatihah pasti akan diucapi setiap kali aku mengingati kalian..meskipun kalian tiada ikatan dgn ku aku ttp merasai bahawa kalian seperti adikku sendiri..Ya ALLAH tempatkan lah mereka di sisi Mu dan tempat yg beriman Amin..Al Fatihah
about 8 months ago
Semuga Allah mencucuri rahmatNya buat semua yg menjadi mangsa kemalangan…Buat Syarifah hasanah dan syarifah Raheel anda berdua begitu cntik wajahnya..Apakan daya kerna Allah swt terlalu menyayangi anda…Akan kupastikan kalimat Alfatihah pasti akan diucapi setiap kali aku mengingati kalian..meskipun kalian tiada ikatan dgn ku aku ttp merasai bahawa kalian seperti adikku sendiri..Ya ALLAH tempatkan lah mereka di sisi Mu dan tempat yg beriman Amin..Al Fatihah
about 8 months ago
jangan memandu ketika mengantuk..takziah buat keluarga
about 8 months ago
tutup ngan paper tu nama SANI..mcm ler org xtau.huhu..
pe2 pon..al-fatihah
about 8 months ago
saje nak tanya pendapat korang..
ini bas dua tingkat.. so yg mati semua bahagian bwh.. aku pun x pernah naik lagi bas cam ni.. jd nak tau..
tempat yg mati tu.. yg diaorg duduk tu belah bawah sama level dgn tempat kita simpan beg masa zaman bas dulu2 tu kan..
bermaksud kalau xcident ni terjadi kat bas biasa xda sapa la mati.. pasal pasengger duk kat level atas sikit.. tul tak..?
about 8 months ago
btol la tuh…aku pun xpnh lg naik bas 2 tgkt ni sejak ada di mesia
about 8 months ago
Al fatihah buat Syipak (Sh Raheel) dan Sh Hasanah.mereka berdua mmg seorang yg baik, peramah dan ceria.semoga Roh mereka berdua diterima Allah swt sebagai Syahid yang dijanjikan Syurga.Amin
about 8 months ago
for driver bus..wtf
about 8 months ago
perjalanan waktu malam yg lebih 3 jam melewati awal pg, “SHOULD BE BANNED”….driver bus bknnye robot. Jangan hanya tahu mengejar keuntungan semata-mata.No money can buy life back.kalo nak wat bus awal pg gak, laksanakan program 1 bus 1 polis ngan lebih serius.Br la 1 malaysia…
about 8 months ago
hemm..payah btol la syarikat bus kt malaysia ni.Harga tiket dah naek, poket pn dah banyak untung..tapi masih lagi tk dapat pkir cm mane nk selesaikan masalah pemandu mabuk..oppss pemandu mengantuk ni…reka la kerusi pemandu yang ade konsep urut-mengurut yang sesuai semasa memandu..br la tk mengantuk.Duit kan banyak,takkan tu pun tak mampu.Peace
about 8 months ago
tk yah kerusi urut pn tk pe.wat je kerusi letrik.Asal tertido je, elektrik shock..tertido je, electric shock.Jangan shock sampai driver lak yg go dlu dah la.Saya sedekahkan AL-FATIHAH kepada mereka yang terkorban.
about 8 months ago
Saya bersetuju dengan cadangan “aku nak jd selebriti”.Mungkin masalah ini dapat diselesaikan dengan teknologi.Kalau nak ubah sikap rakyat Malaysia dan pemandu bas, mungkin akan mengambil masa yang sangat lama dan lebih banyak yang terkorban sebelum itu.Manusia memerlukan rangsangan untuk bertindak balas.Kalau tiada rangsangan, maka mengantuk la manusia itu dan teknologi mungkin boleh menjadi perangsangnya.
Kita tidak seharusnya memikirkan salah siapa dalam hal ini kerana tiada siapa pun yang betul2 bersalah.Semuanya telah ditakdirkan.Kita seharusnya bekerjasama untuk memikirkan penyelesaiannya kerana “tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya”.
about 8 months ago
pemandu bas 2 mmg bersalh..
so hukm la die seadil2nye..
about 8 months ago
cara-cara nak mengenalpasti simptom dan mengelak mengantok semasa memandu..Sila layari page ini:
http://www.safeny.com/drow-ndx.htm#program
about 8 months ago
mmg kasihan…..al-fatihah untuk arwah..
about 8 months ago
Syarikat Atigo ni macam ade cara nak selesaikan masalah mengantuk semasa memandu dengan menggunakan teknologi.Tp kena kontact dlu la..
http://www.atigoinc.com/
about 8 months ago
Alat nak elak mengantok..Search “driver alert nap zapper” kat google..
about 8 months ago
ho..ho..ho..balik kampung
ho..ho..ho..balik kampung
ho..ho..ho..naek bus
Hati risau..
about 8 months ago
saya pun setugu
baru cadang nak g jumpa awek kat kl naek bus
sek bek la ipoh da ada lrt
bley naik lrt dari ipoh ja
nak naik motor
4 jam kot
letih punggung
about 8 months ago
saya pun setugu
baru cadang nak g jumpa awek kat kl naek bus
sek bek la ipoh da ada lrt
bley naik lrt dari ipoh ja
nak naik motor
4 jam kot
letih kawe
about 8 months ago
yang drebar ni pon 1hal..klau da ngantuk tdo la bg ganti drebar len….
about 8 months ago
kalu nk selamat kene nek kapal terbang la plak..
about 8 months ago
pemandu bas selalu laju pemandu memang cihbai! kat johor orang bawak bas laju cam nak lumbe
about 8 months ago
takziah..
berat sebenarnya tanggungjawab pemandu ni..
pemandu ni pon x nak bende ni jadi..
kerajaan kene kaji semula pembahagi jalan dekat highway tu..
kaji tentang waktu perjalanan bas..
pihak pengurusan bas pulak tetapkan shift pemandu, jgn tukar² waktu..
then aku rasa naik keretapi lebih selamat sikit kot..
jumlah kemalangan keretapi ni kurang..
tp masalahnya keretapi bukan ada di semua tempat..
about 8 months ago
Salam, aku bkn dtg nak tunjuk kehenseman aku kat cni. Just nk buat sedikit kupasan. Mmg betul memandu malam boleh membuatkan kite mengantuk especially kalo kite ni yang dah biase keje waktu siang. Tp kalo nk diikutkan lebih ramai org awam yang suka sukito naik bas waktu malam coz malam diorang boleh lelapkan mata dalam bas pada waktu malam (naik bas siang buta mmg boring mengikut penalaman aku la) Tengok saje waktu raya, x ke ramai orang yang naik bas waktu malam coz siang ari tu diorang berkeje. So bas pada waktu malam dah bagi peluang kepada orang yang nk naik bas palaing awak untuk pulang ke kampong….(kampung aku kat Tganu…) So pada pendapat aku ada rasional nya jugak bas malam, tp sistem shif yang diguna pakai oleh syarikat bas ekspress mestilah betul lg rasional. My opinion, pemandu yang da bawak bas pada waktu siang x bley bawak bas pada waktu malam, then same jugak dengan pemandu bas waktu malam, x bley bawak bas waktu siang bagi mengelakkan kejadian mengantuk. 2nd, Pemandu mestilah daripada kalangan yg berpengalaman luas ttg pemanduan kenderaan awam. Kalo nk diikutkan, bawak bas siang pon bley jadi kemalangan…My father pon Ekpress bus driver gak tp x pernah pon kemalangan even die sendiri pon slalu sgt bawak bas siang dan malam ( maksudnya pagi bertolak dari terengganu sampai perlis petang then malam bertolak balik ke terengganu) Skunk ayah aku tengah bawak bas dr terengganu ke kl. So, pentinglah jugak experiences. Ayah aku kate bawak bas xleh laju2. Skunk ni ramai pemandu bas ekspress dari kalangan org muda2….so diorang ske bawak laju2….Apepon, takziah pada kluarga mangsa, redha ajelah dah ketentuan Ilahi. Ajal maut kat tangan Tuhan.
sadis…..
Manusia ni slalu cuai sbb x sempurna, itu aje. Time kasih
about 8 months ago
malang x berbau…
about 8 months ago
ngeri lak rasa nye aku nk nek bas ag pasni..
tp nk balik kg kena naek bas gak
about 8 months ago
y0sh..
jangan naik bus ye..
baik naik train..
x sibuk sngat aku keja..
takziah..
about 8 months ago
ajal maut di tgn tuhan..
kita x tau apa akan berlaku..
about 8 months ago
salahkan pemandu bas?
kenapa tak salahkan penghadang jalan? kenapa tak salahkan tokey bas? kenapa tak salahkan penumpang… ?
kenapa tak salahkan orang buat jalan raya?
kenapa tak salahkan menteri pengangkutan?
kenapa tak salahkan siang dan malam?
kenapa tak salahkan kehidupan?
kenapa tak salahkan Tuhan?
…..ajal beb… ajal…
kembalilah kepada dua kalimah shahadah…
kembalilah kepada aqidah…
kembalilah kepada iman…
kembalilah kepada qada’ qadar Allah subhanahuwat’ala…
about 8 months ago
salahkan pemandu bas?
kenapa tak salahkan penghadang jalan? kenapa tak salahkan tokey bas? kenapa tak salahkan penumpang… ?
kenapa tak salahkan orang buat jalan raya?
kenapa tak salahkan menteri pengangkutan?
kenapa tak salahkan siang dan malam?
kenapa tak salahkan kehidupan?
kenapa tak salahkan Tuhan?
…..ajal beb… ajal…
kembalilah kepada dua kalimah shahadah…
kembalilah kepada aqidah…
kembalilah kepada iman…
kembalilah kepada qada’ qadar Allah subhanahuwat’ala…
about 8 months ago
salahkan pemandu bas?
kenapa tak salahkan penghadang jalan? kenapa tak salahkan tokey bas? kenapa tak salahkan penumpang… ?
kenapa tak salahkan orang buat jalan raya?
kenapa tak salahkan menteri pengangkutan?
kenapa tak salahkan siang dan malam?
kenapa tak salahkan kehidupan?
kenapa tak salahkan Tuhan?
…..ajal beb… ajal…
kembalilah kepada dua kalimah shahadah…
kembalilah kepada aqidah…
kembalilah kepada iman…
kembalilah kepada qada’ qadar Allah subhanahuwat’ala…
Read more: http://kertaz.net/2009/12/kemalangan-ngeri-sani-express-di-ipoh-10-maut/#comment-1846#ixzz0bE6cM2R0
about 8 months ago
kemalangan bas memang sering berlaku di negara kita. Pemandu bas terlepap selalu menjadi penyebab kemalangan, tetapi penyebab itu sepatutnya diambil ikhtiar. Struktur bas itu sendiri sebelum dibenarkn beroperasi sepatutnya dikaji dan diteliti supaya bas itu kukuh jika berlaku perlanggaran. Struktur bas yang kukuh harus di utamakan, jika di nilai bas yg dipandu tidak lah terlalu laju tetapi melibatkn 10 kmatian.
kerajaan seharusnya mengkaji aspek keselematan dari smua aspek. struktur bas, jalan harus diutamankn.
about 8 months ago
kemalangan bas memang sering berlaku di negara kita. Pemandu bas terlepap selalu menjadi penyebab kemalangan, tetapi penyebab itu sepatutnya diambil ikhtiar. Struktur bas itu sendiri sebelum dibenarkn beroperasi sepatutnya dikaji dan diteliti supaya bas itu kukuh jika berlaku perlanggaran. Struktur bas yang kukuh harus di utamakan, jika di nilai bas yg dipandu tidak lah terlalu laju tetapi melibatkn 10 kmatian.
kerajaan seharusnya mengkaji aspek keselematan dari smua aspek. struktur bas, jalan harus diutamankn.
about 8 months ago
kemalangan bas memang sering berlaku di negara kita. Pemandu bas terlepap selalu menjadi penyebab kemalangan, tetapi penyebab itu sepatutnya diambil ikhtiar. Struktur bas itu sendiri sebelum dibenarkn beroperasi sepatutnya dikaji dan diteliti supaya bas itu kukuh jika berlaku perlanggaran. Struktur bas yang kukuh harus di utamakan, jika di nilai bas yg dipandu tidak lah terlalu laju tetapi melibatkn 10 kmatian.
kerajaan seharusnya mengkaji aspek keselematan dari smua aspek. struktur bas, jalan harus diutamankn.
about 8 months ago
salam takziah pd kuarge terlibat..pesanan pd pihak terlibat kaji semula penggunaan bas 2 tingkat.mugkin tidak stabil atau terlalu rendah menyebabkan setiap kali berlaku kemalangan risiko yg paling tinggi akn d hadapi oleh penumpang d bahgian bawah..al fatihah
about 8 months ago
cam ne la bleh jd cm nie…
about 8 months ago
Sudah terhantuk ,baru terngadah..rasain~
about 7 months ago
al-fatihah kt sume mangsa nahas..
malang xberbau..sume keje Allah..tp kite sbg manusia, bley elakkan benda ni..
ngeri tgk xcden ni,rase takot lak nk blek kampung nek bas..da la slalu blek kampung..cm mne la nanti nk blek kan??..
public transport ni gak la yg aku nek..
tp slalu ak blek nek bas MARA or TRANSNASIONAL je..
bas len xbrani g nak naek..x tawu la nape?..
ermmm..ajal, maut sume keje ALLAH..
ALLAHUAKBAR!!
about 7 months ago
hantar gambar kemalangan yang gempak2 skit ar….
about 5 months ago
aduh ngeri nya,,tp smua dh trtulis…pada smua pemandu bas harap lebih banyak brhati2 coz nyawa ramai orang trletak pda anda…….jgn krna anda smua org xnak naik bas awam lg.takziah wat yg meninggal…
about 3 months ago
kasihannya….mcm mana dgna nasib orang yang ditinggalkannya????/
:
about 2 months ago
pergi tak kembali…..
about 1 month ago
6 bln pas tur kuar
iklan kat tv…promote bas diaorang