Oh! Buaya di Port Dickson

by khaixy on January 13, 2010

Kat Port Dickson ada buaya la beb. Korang yang rasa nak pergi PD tu, better cari tempat lain lah. We all rasa, we all faham kenapa perkara ni tidak di’dedahkan. Ikan besar konon. Ialah kalau didedahkan, maka musnahlah perniagaan yang mengaut keuntungan dari pengunjung kat sana. Apepun, pedulik ape. We all kat Oh! Tidak nak dedahkan juga yang PD tu ada buaya. Demi keselamatan orang ramai. Oich! Takut nyee!!

Berikut adalah pengakuan dari seorang pengunjung forum Cari. We all tak survey tapi ada yang kirimkan kepada Oh! Tidak melalui email.

Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu. Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa ke laut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu…seekor BUAYA!!

Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini…macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan?

Tapi apa yang kita dapat lihat di surat khabar?

Digigit ikan besar
Oleh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my

MELAKA: Percutian seorang posmen bersama 15 anggota keluarganya di pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi mimpi ngeri apabila dia dipercayai digigit seekor ikan besar ketika mandi berhampiran sebuah apartmen di situ, Sabtu lalu.Susulan kejadian itu, mangsa, Mohamad Helmi Leman, 25, yang menetap di Kampung Air Limau, Masjid Tanah di sini, terpaksa menerima 50 jahitan dan kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) selepas ahli keluarganya meminta dia dipindahkan ke sini kira-kira jam 3 petang hari kejadian dari Hospital Port Dickson. Mohamad Helmi berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mandi bersama 10 anggota keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi pada hari kejadian.

Menurutnya, ketika itu, mereka sudah menghabiskan masa selama setengah jam bermandi-manda di situ. Katanya, ketika asyik mandi di dalam air paras dada, tiba-tiba dia terasa pergelangan kaki kanan serta bahagian tapak kakinya itu direnggut seekor binatang yang disangkanya buaya.

“Ketika itu saya terasa suatu objek tajam dan bergigi merenggut kaki kanan saya menyebabkan saya amat terkejut. Sejurus itu, saya cuba merentap kaki saya tetapi haiwan berkenaan tidak melepaskan gigitannya dan sama-sama ‘bertarung’ selama tempoh kira-kira dua saat,” katanya ketika ditemui di wad HM di sini semalam.

Menurut Mohamad Helmi, gigitan berkenaan menyebabkan pergelangan pangkal bawah buku lali sehingga tapak kaki kanannya mengalami luka teruk dan mengeluarkan banyak darah. Katanya, sebaik anggota keluarga lain menyedari dia digigit sesuatu, mereka terus membawanya ke darat sebelum menghubungi ambulans.

“Meskipun mengalami kecederaan parah dan dalam kesakitan, namun saya masih sedar ketika dibawa ke Hospital Port Dickson. Bagaimanapun, ahli keluarga saya terutama isteri, Sabariah Karim meminta supaya saya dipindahkan ke HM bagi memudahkan mereka melawat,” katanya. Sementara itu, Mohamad Helmi berkata, orang kampung di kawasan itu mengesyaki kejadian terbabit disebabkan ikan yu memandangkan ketika ini mereka mendakwa musim ikan berkenaan berkeliaran di situ,

Ps: Ini salt water crocodile ni. Amat berbahaya. Jadi hati-hati lah ye kalau nak mandi manda tu. Hidup Port Dickson!!

Yang pasti bukan ikan kat bawah ni gigit ye.. Sebab kalau dia gigit, memang no problem punyoo.. hehehe..

+ Thanks f y x dan Lan Doz.

Popularity: 19% [?]

{ 93 comments… read them below or add one }

MrRollies January 13, 2010 at 9:00 pm

weh bahayanyer buaya air masin :bloody:

Mr Fathi January 13, 2010 at 9:02 pm

kat Malaysia ni ada ke buaya air masin???bukan kat Australia je ke ader??? ;)

Gadis Lonely? Reply:

autralia dgn malaysia x jauh mana pun.. bila buaya berenang-renang ke tepian, maka sampailah.. kahkah..

Dhia Hanna January 13, 2010 at 9:07 pm

perrgghh..xmo la bawak anak mandi2 kat PD lagi..mandi swimming pool je la..

PowerPuffGirlz January 13, 2010 at 9:11 pm

yey..sy second..

PowerPuffGirlz January 13, 2010 at 9:12 pm

gadis lonely..jum la p port dicson same2..kite kapel nak?

telurkicap January 13, 2010 at 9:14 pm

ikan besar punyer… ape la… cakap je la buaya… bahaya gak tempat ni…

andika January 13, 2010 at 9:17 pm

mak aihhhhhh…gler ape!!
aku br blk ngan family dr sana..argghhh….
alhamdulillah..nasib baik xde pape..klu lah..
:bloody: :bloody: :bloody:

fyx January 13, 2010 at 9:30 pm

gamba ikan pe tu?

hidup sihat January 13, 2010 at 9:37 pm

dlm petikan berita tu btau ikan yu. lg otai :[

kipas puteh January 13, 2010 at 9:37 pm

erk….tatotnye.. :bloody:

malerk January 13, 2010 at 10:07 pm

seriau aku nak pi mandi kat PD nxt time. Dalam metro cakap nak eltak pengawal pantai kat PD http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/sbn968h/Article/index_html

yukimi90 January 13, 2010 at 10:08 pm

perrghhh takut sial

tp gambar ikan kat bawah tu xleh blah! ahhahahahahaa pandai korang! sempat jew wat lawak XDDDD

hunny_qtn January 13, 2010 at 10:17 pm

kaki dye mngerikan lorh :[
dasyat weyh :bloody:

kundang January 13, 2010 at 10:33 pm

den tak kan pogi mandi kek PD lg doh…takut amek,,,nasib baik kaki,,,kalau alat kejantanan kono gigit?..apo yang tinggal…baik pogi ULU BONDUL…air sojuk..

Count GaGa January 13, 2010 at 10:37 pm

hunny_qtn,
lg mengerikan kalau buaye tu ade dpn mate kite
(apatah lg buaye darat)

zainal January 13, 2010 at 10:46 pm

dh 22 tahun aku duk kt PD..x penah la aku tau ada buaya air masin kt sana..HAHAHAHA

waksegen January 13, 2010 at 10:50 pm

tu la pasal..mane ade buaye air masin…ade ‘bende’ len tu..mnd len kali bace bismillah…

ohpemandu January 13, 2010 at 10:57 pm

Baru 2-3 bulan lepas g PD..
Masa tu buaya ni takde lagi kot

atikahriana January 14, 2010 at 12:05 am

dasyat :8

JaJOL January 14, 2010 at 1:23 am

tak mustahil jugak kot kalau ada buaya air masin sesat ke… bukan nak kira logik tak logik, tapi kalau dah sampai, nak kata apa…

ikan paus pun buleh terdampar kat pulau carey 5 tahun lepas… ape jadah nya paus nak buat kat pulau carey? kes sesat la tu… logik tak logik, masuk akal ke tak, yg penting benda dah jadi pon… gegege

mello January 14, 2010 at 8:35 am

ahahaha klakar gle ikan gigi org tu.. siap ada plak gigi kaler kuning lg tu..hehe

Keledek January 14, 2010 at 8:57 am

Sian. Teruk gak kaki dia tu, sampai nampak urat terkeluar.. Semoga dia cepat sembuh.

dobokmesia January 14, 2010 at 8:57 am

aku BUAYA gak…tp aku xgigit lelaki…aku NGAP pompuan je..haha..8)

*tp itu dulu..skang happily married~ lalalalala…. :)

yaprolick January 14, 2010 at 9:00 am

da tgk pn lam blog abyrad..
wey cner boya 2 pas jek dia gigit n btarung bper saat trus semunyik..
dia malu kowt nk tampilkan dri dia..
hehe

giloos.. January 14, 2010 at 9:04 am

kalau benda dah ade..mmg ade la 2..wat pe org tu nk tipu kn….ikan pari pn leh masuk sungai…lg la buaya kn..

fariha utm January 14, 2010 at 9:05 am

ya rabbi xtau langsung..kes ni hari sabtu kan…sy n seluruh warga kelas 4sgp(utm) bermandi manda di sini…siap naik banana jatuh 5 kali kt tgh laut tu..mujur terselamat n x ditelan buaya….tidak ku sangka….tp sbnrnye mggu ni nk g lg dgn family plak..dh byr deposit dh pun utk apartment….camne ni….waduh2 keliru….

Dinpirlo January 14, 2010 at 9:55 am

wowowow..takut nye….

beliamuda January 14, 2010 at 10:03 am

uish. bahaya betol.. :bloody:

R9i January 14, 2010 at 10:39 am

kt PD 2 diorg mmg sngaje bela buaya kot…..
yelh xmo bg org mndi jauh ke tgh…huhuhu :)

Azizul January 14, 2010 at 10:52 am

biar betul. seriyes ngeri.

mohd January 14, 2010 at 1:29 pm

kat PD memang ada buaya, ini fakta,
tapi buaya tu ada di sungai dalam daerah PD,
Sungai linggi, siap ada mmg tarvel package taman buaya dan ape ntah dekat sungai linggi,
ini yag aku tahu pasal las week baru pegi PD buat research kat sana,
ntok akademik purposed.
tapi tatau pulak buaya tu boleh masok laut then pegi makan kaki orang,
resenye efek pade pembangunan yang dibuta kat kawaasan buaya tu skang kot,
sebab buaya sg linggi mmg tak pnah kacau orang,
n kalau bnasib baik korang join travel pegi tengok buaya tu bole tengok buaya tu berjemur kat tepi sungai dari atas bot.

Esha January 14, 2010 at 2:55 pm

aku dok pd, n penah keje kat salah satu resort di pd…
memang kemungkinan besar laut pd ade buaya..
imej buaya tu diambil secara x sengaja, mase tu kami tgh ambil pic resort dari laut utk brochure…
nampak ada imej dari permukaan air, dari imej tu memang nampak kepala figura kepala buaye..wallahualam…
.lokasi resort aku tu jauh dari corus paradise… x tau plak boye tu berenang sampai sane….
tapi buat masa sekarang ni, guests yg mandi manda n buat game kat pantai x pnah mengadu terserempak ngan boye ke ape….
nasihat aku pada sapa2 nak mandi laut, bkn stakat kat pd je, kat mane2 pun, korang bacelah doa ape yg patut mintak dijauhkan dari bala, n lagi satu jgn seronok2 sangat…. bukan takat laut, mandi air sungai ke gunung ke kena ingat perkara yg sama… aku banyak kali bawak family gi laut mandi2 kalo diorang datang sini bercuti..alhamdulillah, tak ada ape2 berlaku…

wallahualam…

Fakhrul Bonsai January 14, 2010 at 3:14 pm

Adus, kesiannye kt brader tu. baru plan nak holiday kt PD, terpaksa la tukar lokasi..huhu.

DERITA perINDu January 14, 2010 at 3:17 pm

perghh ahd lepas 10-12/01/10 aku baru je balik dri pd..duk kt ancasa hotel
alhamdulilah geng2 aku slmt…tp pelikla kalo buaye mne de gigit cm tu..msti dia kokak hbis punyer..mnurut abg2 beach boy kt c2la kn…dia ckp mybe org tu mse mndi tpijak batu2 karang yg ade kt c2..batu krg mmg tajam tau…renung2kan la er :-[)

robotjahat January 14, 2010 at 3:19 pm

itu la primevil

nona utara January 14, 2010 at 3:33 pm

aku br ja blk dr PD masa cite kuar paper,nasib baik bkn aku yg dia gigit.kalu x apa la nasib nona ni….huhuhuhu xmau pi da pasni

bOTAKgONDOL January 14, 2010 at 3:38 pm

besenye buaye suke gigit buaye darat…

steady eddie January 14, 2010 at 3:49 pm

aisehh..,nasib xkena kekah badan ..klau xkesoh la semalaya… :[

linda January 14, 2010 at 4:08 pm

biar betul….nasible aku tak minat mandi laut..sikit lagi mesti ada orang
dari national geografi atau plenet animal datg buat kajian..tak pun buat filem …peh..!mau glamor ogang2 PD..ape2 pun jagan araple aku nak ke sana ..takut… :D :D

Fatin Pauzi January 14, 2010 at 4:10 pm

Cantiknya pantai PD. Tak pernah pergi pun..

rzwan January 14, 2010 at 4:15 pm

sg linggi tu jao bebeno yeob dgn laut..
aku duk pd 21 taun dah,,mane ade buaye.
ikan yu tu mungkin

akugetek January 14, 2010 at 5:32 pm

di dalam air yang tidak berbau…………

aku la January 15, 2010 at 10:32 am

buaya air masin memang da…
kat tioman pon ada…
cuma bnd nih dirahsiakan jer…
kalu tioman tu korg tau da boya agak2 korg nak g snorkeling ngan diving ker??

misz myza January 15, 2010 at 10:56 am

buaya air masin???
jom kita terjah, ape kejadah nye buaya 2 dtg ke PD?
Adakah ingin jumpe kekasih hati? Mungkin beliau dpt tahu yg sang kekasih bermain kayu 3? lalu melepaskan geram kat kaki manusia? :)

ORANG GILER INTERNET January 15, 2010 at 1:24 pm

dekat johor bahru lat stulang laut ade buaya ,ade orang kene makan mase tu,aku pun tak tahu biler………..

amoi January 15, 2010 at 1:44 pm

aku org PD dan tak tahu menahu pasal neh. kalau pasal ular sawa merayau2 kat kawasan perumahan ada la. tapi tu cter lama. opss. off toipc lak. :)

sir highcarl January 15, 2010 at 11:45 pm

Buaya air masin? Oh tidak..

cappucino January 16, 2010 at 3:30 am

buaye darat x de ke?
haha..

Nelder January 16, 2010 at 8:30 am

Nampaknya si ikan duyung mengamuk..uhuhuhuhuk! :D

kieyut January 16, 2010 at 6:22 pm

nasib baik blom penah mandi kt pd…
klu x sedap je buaye wt kenduri..

ohmalaysia.com January 16, 2010 at 8:54 pm

ish bahaya… malaysia dah ada buaya laut masin. susahla cmni…

natasya January 16, 2010 at 9:11 pm

tenden cut tu…

Eddy January 16, 2010 at 11:33 pm

aku rase tapak sulaiman la yang gigit..

bLaCkJaNe January 17, 2010 at 4:03 am

logik tu ade.. buaya ni kan silent killer.. dlm diam je dia dtg, tibe2 leh hilg.. pepun, syukur pjg lg umo den.. bru bln 12 ritu dok nek banana boat n tercampak sini sane.. hadeii~ klau dpt kt boye tu mau sebulan dia kenyang.. ngeeeeee~

asz January 17, 2010 at 10:50 am

mane boye yg sebenarnye???? :p

asz January 17, 2010 at 10:52 am

buaye oh buaye……… 8)

saya January 17, 2010 at 11:37 am

ayo korang ni.. kat mesia ni ade dua spesis boye aje: buaya
jejulung dan buaya tembaga.. buaya tembaga yg korang kate buaya air tawar tuh actually buaya air masin (Estuarine Crocodile – Crocodylus porosus) sama yg kat australia nun.. mmg merata duk kat sungai.. muara sungai.. pantai.. paya bakau.. tak heran pun klu ade kat laut.. kebiasaannya buaya ni lepak kat hilir sungai pada musim tengkujuh dan kat muara sungai.. paya.. smpilah ke laut pada luar musim tengkujuh.. sumber- perhilitan

arrizz January 17, 2010 at 3:19 pm

buaya ada ability nak adapt sorrounding dia..so tak mustahil buaya bleh ada kt pantai or laut..mgkn gak sbb PD rmai org..n buaya nie aggp org2 tu sbg sumber mkanan..

ADA AKU KESAH !! January 17, 2010 at 10:28 pm

nak caya ker x..
kita tgk dan lihat ok..
tp kalau ada buaya pon ..
aku x layan mana lew… :choler:

gajah_terbalik January 18, 2010 at 1:40 am

perhh…
bhaya nih….
nsb baik aku dah krang mnat mndi air laut…
hehe…. :D

buaya darat January 18, 2010 at 11:47 am

buaya oh buaya mengapa kao gigit kaki orang,
macamana aku x gigit ..orang sua kaki..orang sua kaki.. :)

Hang Tuah January 18, 2010 at 11:48 am

AssaLamuaLaikum!! air yang tenang jangan sangka tiada buaya..

buaya darat January 18, 2010 at 12:13 pm

ang tuah ..air laut mana ada yang tenang..klu x org x kata ..klu takut dilanda ombak jgn berumah di tepi pantai..apa pun kita kena juga berhati di air yg biru dan jernih..

art January 18, 2010 at 4:08 pm

lepas nie jgn tekejut ikan jerung masuk sungai lak huhuhu
sbb buaya dh masuk laut kn huhuhuhu

aku daa... January 19, 2010 at 10:55 am

tu…laa…pape pun kite ptut bsyukur..krn x kena pd kite mahupun ahli keluarga kite..alhamdulillah….
Tp, kan bru plan nk bcuti kt PD ms cuti sek.bln 3 nih..Kena la tukar plan B plak… :D

ejaa January 19, 2010 at 12:19 pm
cute January 19, 2010 at 10:44 pm

terkejut aku kat laut pun ada buaya ke?nasib baik aku x suke ,andi air laut kalu x……kepada (sape name orang yng kena gigit tu)semoga cpt sembuh cian aku nengok kaki dia :[ :)

rin January 20, 2010 at 12:16 am

ayooo korang isu percaya or tak tolak tepi…yg penting jadikan iktibar supaya kita nk p mana2 pon berhati2 la..takde maknyerr tetiber jerk kaki brother tu koyak smpai mcm tu kalau x didigit oleh nate dlm air..

aku daa... January 20, 2010 at 9:17 am

betul3….. :)

buaya darat January 20, 2010 at 10:09 am

tu la padah nya kalu pilih boya darat jadi ketua ..semua dia ngap

zue January 20, 2010 at 7:20 pm

buaye ni mmg menakutkan…….. :[

wan semenyih January 20, 2010 at 7:22 pm

:o:

a.k.a hirako January 21, 2010 at 6:36 pm

:oups: :(( :o: :[ :)

rina January 22, 2010 at 6:55 pm

tul tuh rin… percaya atau tidak tuh perkara kedua…. tp klu dah kaki koyak mcm tuh.. buaya ke tak… aku tetap risau selagi bendalah tuh x kena tangkap/dihalang drpd mencederakan org lain pulak…

DR BUAYA January 22, 2010 at 8:26 pm

BUAYA LAUT MASIN MEMANG WUJUD. UTK MAKLUMAT LANJUT SILA BUKA WEBSITE INI
http://en.wikipedia.org/wiki/Saltwater_Crocodile

aisyah January 23, 2010 at 7:23 pm

ciannyer!!!

qfirdaus January 24, 2010 at 3:23 pm

hari kejadian tu aku pun pi pd gak..tido kat tistle hotel dan mandi laut kepunyaan tistle hotel tu..seb baik boya tak gigit aku 8)

bunnydoll January 26, 2010 at 3:15 pm

aadduusshh skit dowhh

abis tendon muscle dy ptus…. :bloody:

yat January 26, 2010 at 10:07 pm

korang tak payah la nak buat cerita bohong!!!!
kalau betul la buaya yang gigit…
confirm tak de kaki orang yang kene gigit tu !!!
kalau ikan plak..
mesti de kesan gigitan..
masalah nye..kesan kat kaki saudara tu hanya terkoyak je…
agak-agak sikit nak buat cerita pon..
nak dapat nama pon..tak payah la nak menjatuh kan nama tempat orang..
fikir la sendiri.
kenape

roslan perodua January 27, 2010 at 7:04 am

cian sepupu aku kat melake 2… mie lain kali at2 =( k

roslan perodua January 27, 2010 at 7:12 am

CIAN AKU PNY SDRA KAT BCHANG 2… NNT ADE MSE AKU DTNG MLWAT KO K MIE.. =(

mimi January 28, 2010 at 1:28 am

baru ingt nk pegi ngan kawan2..so, xjadi la.takot.hehe…bahaya sungguh! :choler:

ajie January 28, 2010 at 10:03 am

Yang paling bahaya buaya darat.. sekali dia ngap boleh kembung perut weiii.. hehehe :)

are_eyn February 9, 2010 at 5:15 pm

perw…takut giler.but sampai sekang sya x nampak lak buaya an.maybe sya percaya.nervous giler kalau nak mandi laut pas ne…nasib baik x de kat sekitar batu 4.maybe boleh datang.e..e..e takutnya
8) :[

shahlieaza February 13, 2010 at 7:45 am

baru nak rancang gi pd bawak anak2 madi..kalo camne takut la..eee duk umah tengok tv je le..

shahlieaza February 13, 2010 at 7:47 am

baru rancang nak bawak anak2 pi mandi kat PD..dengar camne ni takut le..bukan buayo ape binatang pun takut kat dalam laut tu..xleh caya sekarang…eeee duk umah tgk tv ceta raya cina je le…

kambeng February 17, 2010 at 4:19 am

sebelum kata buaya apa kata tengok dulu mulut buaya tu
http://www.youtube.com/watch?v=O7GrPtNKelQ
budu tol
ko rasa mamat yang kurus keding tu boleh lawan kekuatan buaya ni?

some1` February 21, 2010 at 4:26 pm

aku ada tgk 1 rancangan…tp lupa ar kat mana. dlm rancangan tu g tau, buaya. ikan2 boleh hidup d dalam keadaan yg berlainan… cth: buaya dr sungai pg ke laut… cos skrg kan sungai byk tercemar, x mustahil diaorg tu lari ke laut. n sesuaikan diri kat sana… apa2 pun kt berhati2 la ye…

*iskh, taknak la ke laut :[

some1` February 21, 2010 at 4:28 pm

satu lagi…org2 cakap la..bkn aku cakap…kalau nak lepas dr buaya ni cucuk mata dia…

*sarawak banyak oooooo “boyak”

acap February 21, 2010 at 9:30 pm

aku dgr gak cite buaye ni..
telepas kat tg tuan..
3 ekor..katenye anak2 je..
tp tgk kaki yang kene gigit ni da mcm akak2 da.. :[

acap February 21, 2010 at 9:36 pm

buaye cari breakfast..8.30 pagi da kuwa..
aku ade gak dgr cte ni..3 ekor “anak boya” telepas kat tg tuan..
tp tgk luke brader ni cam akak boya je gigit…

Tengku Shahyra February 23, 2010 at 8:25 pm

Ouch! Mesti sakit 2… Klu kwn dia tarik, ikan/buaya/buaya laut 2 pun tarik, mesti dah putus kaki dia… :bloody:

enal March 6, 2010 at 10:13 am

mane dpt ikan pelik tu….
lawa ikan tu….
kikikikiki :) :)

Leave a Comment

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Previous post:

Next post: