Mungkin masih ada yang tidak tahu, yang hashtag carian #malaysiacheatlaser telah menjadi trending topic di Twitter. Ini adalah bukti yang berjuta rakyat Indonesia mempertikaikan serta memaki-hamun Malaysia mengenai masalah laser yang menghala ke muka penjaga gol mereka ketika perlawanan final AFF yang berlangsung di Bukit Jalil semalam (26 Dis 2010) yang menyaksikan Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia.

Gambar yang dipaparkan ini merupakan snap dari video semasa perlawanan di antara Indonesia vs Malaysia pada peringkat kumpulan di mana malaysia telah tewas teruk dengan indonesia 5-1. [Read more...]



