ohtidak-minyak-naik

Nampaknya sekali lagi rakyat Malaysia terasa kehangatannya apabila minyak dengan harga terendah di negara ini turut menerima kenaikan sebanyak 20 sen. Jika sebelum ini kenaikan harga selalunya hanya memberi kesan kepada minyak RON97 (Minyak orang kaya), kali ini seluruh rakyat Malaysia mahu tidak mahu turut merasai kesannya.

Screen Shot 2013-09-02 at 7.33.27 PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. – Berita Harian

[hr]

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. – Bernama

[hr]

Dipetik dari caption di Facebook Oh! Media;

2 September 2013 | 6:20 Petang

Kami menerima maklumat kononnya harga minyak RON95 akan naik RM0.20 seliter bermula tengah malam ini. Menurut sumber, kenyataan rasmi akan dibuat sebentar lagi. Harap-harap ini sekadar khabar angin dan malam ni akan tiba-tiba ada hero muncul di kaca TV beritahu minyak tak jadi naik demi ingin membantu rakyat, tapi esok lusa naik juga selalunya

Psst! Cakap banyak tak guna, jom keluar penuhkan tank cepat sebagai persediaan kalau ianya benar-benar berlaku.

Kami sebenarnya sejak awal lagi dah sedia maklum perkara ini benar dari pihak-pihak dalaman yang boleh kami percayai. Pada awalnya ramai yang menidakkan apa yang disampaikan dan dengan lantang menyatakan ianya khabar angin. Selang 40 minit kemudian terbitlah kemaskini untuk perkara ini.

2 September 2013 | 7:00 Petang

Ok PM dah sahkan memang RON95 dan Diesel akan naik 20 sen tengah malam ini. Jadi berita ini CONFIRM!! -end-

Perkara ini sebenarnya satu perkara yang amat memalukan apabila berita yang dengan lantang dikatakan khabar angin ini hingga dipaparkan di laman web akhbar kerajaan akhirnya benar-benar berlaku.

OHTIDAK: RON97 TAK SANGGUP. RON95 PUN APA KURANGNYA.

Related Posts

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)

(Aduan) Oh! Sikap Biadap Di Jalan Raya


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *