Sekali imbas motosikal ini langsung tak kelihatan seperti sebuah motosikal berjenama Yamaha 135LC. Motosikal ini telah menerima modifikasi termasuklah injen dan telah menelan belanja lebih RM15,000. Menurut Firdaus selaku pemilik dan pereka motosikal ini, beliau dan beberapa lagi rakannya mengambil masa hampir 2 tahun untum membina motosikal autoshow ini kerana mempunyai banyak masalah teknikal. Walaupun selalu dipamerkan di dalam autoshow, jangan tak tahu yang motosikal ini berfungsi 100% seperti motor biasa. Hebat kan?!

Kalau dah minat semua jadi. Inilah yang dikatakan menggunakan bakat kurniaan Illahi ke jalan yang betul. Bila ditanya adakah motosikal ini akan dijual kalau ada yang berminat ingin membeli? Firdaus memberitahu jika ada yang berminat, beliau mahu menjualnya pada harga RM25,000. Apapun syabas Oh! Tidak ucapkan kepada Firdaus dan rakan-rakan kerana menjadi anak Malaysia yang sangat kreatif!
OHTIDAK: TERINGAT MASA KECIL DULU RAJIN BIKIN BASIKAL JADI SEBIJI MACAM MOTOR.
Comments