ohtidak-tiga-angota-polis-trafik-maut-1

Beluran: Lima termasuk tiga anggota polis trafik terbunuh, manakala empat lagi parah apabila sebuah kereta peronda polis bertembung dengan sebuah pikap dalam kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid, semalam. Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, anggota daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di seluruh anggota badan.

“Ketika kejadian empat anggota polis trafik terbabit yang menaiki Proton Waja dalam perjalanan pulang ke IPD Beluran selepas menjalankan tugas di Telupid.

ohtidak-tiga-angota-polis-trafik-maut-2

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan V Shivanathan berkata, dua lagi mangsa yang terkorban penumpang pikap, Masiah Jailani, 47, serta adiknya, Layni Jailani, 45. Menurutnya, mangsa yang parah seorang anggota polis trafik, Konstabel Zaini Mohd Radzuan dan tiga individu termasuk pemandu pikap terbabit yang belum dikenali identiti mereka. Semua mereka menerima rawatan di Hospital Beluran, di sini. – Metro

OHTIDAK:TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA.

Related Posts

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *